London Dipilih Sebagai Tuan Rumah FIFA eWorld Cup 2019

Badan induk bola sepak dunia, FIFA mengesahkan pertandingan FIFA eWorld Cup 2019 akan diadakan di O2 Arena, London.

Venue yang sama turut menyaksikan Mosaad Aldossary muncul juara dunia pada 2018. Kali ini 32 pemain terbaik dunia sekali lagi akan bertarung permainan FIFA 19 untuk merebut hadiah terkumpul bernilai US$500,000.

Juara dunia akan menerima US$250,000 beserta jemputan ke BEST FIFA Football Awards. Pada tahun lalu, hadiah berjumlah US$400,000 dibahagikan di kalangan pemenang – bermakna tambahan US$100,000 untuk pemenang pada tahun ini.

Pertandingan kali ini akan dilangsungkan pada 2hb sehingga 4hb Ogos adalah kemuncak kepada siri permainan EA Sports, FIFA 19. Perlawanan juga akan disiarkan secara langsung secara atas talian melalui platform digital milik FIFA da EA.

Pengarah eFootbal FIFA, Christian Volk berkata: “Selepas kejayaan pada penganjuran tahun lalu di O2, London, kami teruja untuk FIFA eWorld Cup diadakan sekali lagi di venue ikonik ini sekaligus menjadikan ia satu-satunya pertandingan EA Sports FIFA untuk komuniti [pemain FIFA].

“Dengan jumlah hadiah wang yang dinaikkan pada tahun ini, persaingan pasti akan lebih sengit daripada sebelum ini, dan ia akan mewujudkan atmosfera luar biasa ketika perlawanan.”

Penyokong juga boleh mendapatkan tiket masing-masing untuk menghadiri hari terakhir pertandingan di arena O2.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram