Logik Ke Chelsea Letak Harga £40 Juta Untuk Tammy Abraham?

Tammy Abraham

Disaat Chelsea sedang hangat mengejar penyerang Borussia Dortmund iaitu Erling Haaland, salah seorang pemain mereka iaitu Tammy Abraham juga menjadi buruan beberapa kelab lain.

Abraham mungkin tidaklah menjadi pilihan utama Thomas Tuchel di kesebelasan utama dengan pengurus tersebut lebih gemarkan Timo Werner, namun beliau masih mampu menarik minat kelab-kelab lain.

Sebelum ini, Arsenal dan West Ham United adalah dua kelab yang begitu berminat mahukan pemain tersebut.

Kini, bukan setakat kelab Premier League sahaja tetapi wakil Serie A iaitu Atalanta juga berminat mahukan Abraham.

Minat yang ditonjolkan Atalanta membuatkan servis kini di tangan Chelsea dengan mereka meletakkan harga sebanyak £40 juta untuk Abraham.

Logik ke £40 juta?

Nilai yang diletakkan oleh Chelsea itu menimbulkan tanda tanya disebabkan situasi semasa Abraham di Chelsea.

Hal ini kerana, beliau bukanlah penyerang utama pasukan kerana sebelum ini berada di belakang Werner dan Olivier Giroud yang sudah menyertai AC Milan.

Walaupun Chelsea meletakkan harga sedemikian, namun Atalanta cuma mampu untuk membayar sekitar £25 juta sahaja dengan meletakkan bonus tambahan untuk mendapatkan pemain itu.

Atalanta perlu mendapatkan Abraham kerana mereka dijangka akan kehilangan Duvan Zapata kepada Inter Milan sekiranya juara Serie A tersebut melepaskan Romelu Lukaku kepada Chelsea.

Nilai yang diletakkan kepada Abraham oleh Chelsea itu mungkin sedikit tinggi namun melihat kepada faktor umurnya dan potensi yang ada padanya mungkin menjadi sebab kenapa The Blues berbuat demikian.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply