Ljungberg: Kelakuan Ozil Tidak Diterima Di Arsenal

Freddie Ljungberg menjawab soalan wartawan tentang isu melibatkan Mesut Ozil.

Ozil tidak dibawa bersama untuk kunjungan pasukan Arsenal ke Goodison Park. Ljungberg mengakui bahawa pemain itu disisihkan kerana kelakuannya minggu lalu.

Minggu lalu, Mesut Ozil kecewa kerana dikeluarkan lebih awal dan telah bertindak membaling sarung tangan dan menyepaknya. Ianya kelakuan yang tidak boleh diterima oleh pasukan seperti Arsenal.

Lantas Freddie Ljungberg mahu memberikan peringatan serta pengajaran kepada pemain itu dengan mengambil tindakan tegas.

Ljungberg mengesahkan Mesut Ozil mengalami kecederaan. Namun jika pemain itu cergas sekalipun, beliau tidak akan dipilih untuk bermain ataupun berada di bangku simpanan.

Ljungberg yang bertugas untuk kali terakhir sebagai pengurus interim Arsenal berkata: “Mesut cedera. Namun saya tetap tak akan mempertimbangkan nama beliau untuk dipilih dalam skuad kali ini.”

“Ini kerana saya perlu mengambil pendirian tegas ke atas beliau.”

“Mesut berjalan keluar dan melemparkan sesuatu lalu menendangnya. Itu adalah kelakuan yang tidak boleh diterima pada seorang pemain bola sepak Arsenal.”

“Dan itulah keputusan yang saya ambil.”

Arsenal mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Everton yang turut menyaksikan interim mereka menguruskan perlawanan terakhirnya, sebelum diambil alih secara penuh oleh Carlo Ancelotti.

Tugasan Pengurus Arsenal selepas ini akan diambil alih sepenuhnya oleh Mikel Arteta.

Semalam, Arteta dan Ancelotti, masing-masing berada di Goodison Park menyaksikan perlawanan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram