Ljuba Baranin Dedah Individu Di Sebalik Masalah Gaji Batu Dua FC

Isu melibatkan pemain import dari Serbia, Ljubo Baranin dengan kelab Liga M3, Batu Dua FC terus berlarutan. Selepas pendedahan oleh Baranin mengenai apa yang berlaku sepanjang beliau bersama kelab tersebut seperti yang kami siarkan semalam melalui satu artikel: Ljuba Baranin Perjelas ‘Cash’ Berjumlah RM11,500, Masalah Imigresen & Batu Dua FC, hari ini beliau tampil lagi dengan satu pendedahan.

Antara perkara yang didedahkan melalui artikel diatas ialah bagaimana layanan yang beliau terima daripada pihak pengurusan Batu Dua FC, bayaran yang hanya sebahagian daripada dijanjikan seperti terkandung didalam kontrak, dan pergumulan rakan sepasukan yang turut tidak menerima bayaran gaji dari pihak kelab menjelang sambutan Syawal.

Menurut Baranin dalam posting terbarunya di Facebook, beliau sebelum ini telah disekat supaya tidak memberikan sebarang komen untuk menampilkan kebenaran.

Tetapi kali ini beliau terpaksa melakukannya, walaupun tidak suka berbuat demikian demi menampilkan kebenaran dan penipuan yang berlaku selama ini.

Antara pendedahan Baranin kali ini ialah bagaimana jurulatih Batu Dua FC menggunakan duit poket sendiri untuk diserahkan kepada pemain menjelang sambutan Hari Raya.

Saya melihat banyak pembohongan oleh pengurusan Batu 2 menulis mengenai saya di laman web mereka, malah mereka menyekat…

Posted by Ljuba Baranin on Monday, June 24, 2019

“Seperti yang anda tahu pemain tidak menerima gaji mereka, apa yang berlaku ialah jurulatih semasa dari poketnya sendiri memberi sedikit wang kepada pemain supaya mereka mempunyai sesuatu untuk bercuti,” ujar beliau.

Turut didedahkan ialah dua video dan beberapa keping gambar individu – dipercayai golongan yang mendalangi pengurusan Batu Dua FC.

“Seperti yang anda lihat dalam video dan dua gambar pertama bos besar dan orang kanannya, dan (idiot) ketiga yang kuat membodek.

“Mereka suka menunjukkan kepada umum betapa kayanya mereka, dan pada gambar lain, anda melihat pemain yang merayu untuk menerima gaji mereka sebelum Hari Raya supaya mereka dapat merayakan percutian dengan keluarga.

“Banyaklah begitu. Pemain import yang lain dari Batu2 tidur 5-6 hari di dalam kereta kerana mereka tidak memberikan wang untuk hotel. Adakah mereka manusia?

“Even the boss father is in One of the Terenganu government people !!!?? please share this to everybody know about this people,” ujar beliau menutup bicara.

Berkenaan permasalahan pembayaran gaji oleh Batu Dua FC, semakan kami dengan pihak PFAM mengesahkan telah menerima laporan daripada Ljubo Baranin untuk tindakan susulan.

Persoalannya bagaimana dengan pemain lain – terutama di kalangan pemain tempatan? Jika benar segala dakwaan Ljubo Baranin ini – sepertimana yang dipaparkan di cetak layar Whats App – adalah benar, mengapa tidak ada laporan dilakukan kepada pihak PFAM atau polis dilakukan?

Terlalu banyak persoalan pada ketika ini. Adakah pemain lain takut berbuat demikian? Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang penjelasan atau kenyataan daripada Batu Dua FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN