Liverpool Dibenarkan Pakai Lencana Juara Dunia Untuk Satu Perlawanan EPL Sahaja

Liverpool yang baru-baru ini ditabal sebagai pemenang Piala Dunia Kelab FIFA kini telah dibenarkan untuk menggunakan lencana tersebut untuk perlawanan Premier League.

Namun begitu, laporan dari Liverpool Echo memetik mereka hanya dibenarkan untuk memakai lencana pemenang itu hanya sekali sahaja bagi perlawanan liga.

Oleh itu, mereka memilih untuk mengenakan lencana tersebut pada aksi menentang Wolverhampton Wanderers pada 29 Disember 2019 yang diadakan di Anfield.

Akan tetapi, Liverpool mengalami sedikit masalah untuk mengenakan lencana itu selepas pihak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsan (FIFA) mengalami sedikit kesukaran untuk menghantarnya kepada mereka.

Pihak FIFA dikatakan merancang untuk mengadakan satu majlis khas menyerahkan lencana tersebut namun begitu kekadangan perlawanan-perlawanan pada musim perayaan menyebabkan Liverpool belum lagi menerimannya dari mereka.

Pertikaian berlaku apabila pihak Premier League tidak membenarkan Liverpool mengenakan lencana itu bagi perlawanan liga.

Hal ini kerana Premier League memerlukan permohonan rasmi dari Liverpool untuk menambah apa-apa elemen kepada jersi yang sudah didaftarkan kepada mereka sebelum ini.

Liverpool boleh menggunakan lencana itu tanpa sebarang masalah pada perlawanan UEFA Champions League.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram