Liverpool Bangkit Dari Ketinggalan, Tewaskan Burnley 2-1 Di Anfield

Liverpool lawan Burnley di Anfield menyaksikan Liverpool dalam misi untuk memperoleh kemenangan kedua mereka secara berturut-turut pada 2017.

Menentang Burnley yang merupakan pasukan yang menewaskan Liverpool 2-0 di Turf Moor Ogos lalu, telah memberikan sedikit gerun terutamanya para peminat mereka kerana prestasi tak menentu Liverpool apabila bertemu dengan pasukan dari kelompok bawahan.

Pasukan kedua terbaik

Walaupun begitu, Liverpool menjadi pasukan kedua terbaik dalam perlawanan ini sejak dari wisel pertama ditiupkan.

Burnley yang diketuai Ashley Barnes dan Andre Gray di bahagian serangan memberikan banyak tekanan kepada Liverpool diawal permainan.

Hasilnya adalah pada minit ke-7 apabila Barnese berjaya menjaringkan gol selepas memperoleh hantaran dari bahagian pertahanan.

Longgarnya bahagian pertahanan tengah Liverpool memudahkan Barnes untuk merembat masuk menewaskan Simon Mignolet.

Gerakan Liverpool mula diperkemaskan untuk mencari gol penyamaan namun apabila tiba di kotak penalti Burnley, mereka tumpul untuk melakukan penyudah.

Ketika Burnley hampir pulang ke bilik persalinan dengan mendahului 1-0, muncul Gini Wijnaldum menjaringkan gol pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Beliau yang menerima bola hantaran dari Phillipe Coutinho menjaringkan gol dari jarak dekat untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Emre Can wira

Separuh masa kedua menyaksikan Liverpool memulakan gerak langkah untuk terus mencari gol kedua mereka.

Beberapa serangan menarik dilancarkan namun mereka tidak berjaya menembusi pintu gol Burnley.

Jurgen Klopp membuatkan kejutan apabila menukarkan Coutinho dengan pemain muda Ben Woodburn pada minit ke-60.

Namun selepas sahaja Woodburn masuk, Emre Can menjaringkan gol dari rembatan jarak jauh menewaskan Tom Heaton.

Selepas mendahului, Liverpool lebih banyak bertahan dengan Burnley mencari gol penyamaan mereka.

Peluang terbaik mereka bagaimana pun muncul pada minit-minit terakhir permainan selepas Matt Lowton gagal menyempurnakan peluang terhidang ketika masa kecederaan.

Tamat perlawanan, Liverpool 2-1 Burnley.

Baca juga: Ronaldo Dikhabarkan Bakal Timang Anak Kembari Dari Kaedah Ibu Tumpangan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN