Liverpool Juara Dunia

Liverpool berjaya menjulang Piala Dunia kelab di Qatar pada aksi awal pagi tadi. Ini merupakan piala ketiga Liverpool pada 2019, selepas kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Super Eropah.

Liverpool sebelum ini terpaksa mengorbankan Piala Carabao 2019, demi untuk persiapan Piala Dunia Kelab.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, Liverpool menang tipis 1-0 ke atas Flamengo.

Namun The Reds memerlukan 120 minit untuk menewaskan Flamengo.

Perlawanan 90 minit berakhir dengan seri tanpa jaringan. Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan 30 minit.

Roberto Firmino menjaringkan gol kejuaraan pada minit ke-99. Ianya hasil daripada umpanan cantik oleh Sadio Mane.

Liverpool berjaya mengelakkan daripada dibolosi dan wisel penamat dibunyikan, Liverpool disahkan juara.

Mohamed Salah dipilih pemain terbaik pertandingan.

Liverpool menjadi pasukan Inggeris pertama yang memenangi treble kejohanan antarabangsa di dalam sejarah dalam kalendar setahun.

Ia kejayaan yang pastinya akan dikenang oleh penyokong Liverpool.

Pada 2019, Liverpool menang UCL, Piala Super Eropah dan juga Piala Dunia Kelab FIFA.

Kejayaan Liverpool ini menjadikan mereka menutup musim 2019 dengan sangat manis meskipun terlepas Liga Perdana Inggeris kepada Manchester City.

Liverpool melengkapkan cantuman cebisan puzzle terakhir untuk koleksi piala utama di kabinet mereka.

Liverpool kini sudah memenangi 47 piala di dalam sejarah pasukan mereka.

Liverpool menjulang Piala Dunia kelab dengan diketuai oleh ketua pasukan mereka, Jordan Henderson.

Liverpool akan kembali semula ke England untuk saingan domestik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN