Liverpool Dan Klopp Rakam Penghargaan Emosional Kepada Sturridge & Moreno

Semalam Liverpool mengesahkan bahawa Daniel Sturridge dan Alberto Moreno akan meninggalkan kelab tersebut. Kontrak kedua-dua pemain tersebut berakhir pada pra musim ini.

Sturridge menyertai Liverpool pada Januari 2013. Beliau meninggalkan kelab dengan rekod 67 gol daripada 160 penampilan. Antara aksi terbaik beliau adalah musim 2013/14 ketika berganding dengan Luis Suarez.

Isu kecederaan telah banyak menghalang Sturridge menyumbangkan lebih banyak gol kepada kelab. Beliau antara ‘natural finisher’ yang diperakui oleh ramai.

Sturridge berjaya mengakhiri karier beliau di Liverpool dengan menjuarai UCL 2018/19.

Sementara itu, Alberto Moreno pula dibeli dari Sevilla pada Ogos 2014. Beliau sudah bermain 141 perlawanan untuk The Reds.

Antara gol penting beliau musim ini adalah tandukan ketika menentang PSG. Yang menjadi titik permulaan kejayaan Liverpool dalam UCL.

Klopp dalam kenyataan beliau berkata: “Kata-kata yang paling penting untuk diungkapkan kepada dua pemain yang luar biasa ini adalah ‘terima kasih’.”

“Mereka berada di sini ketika saya tiba sebagai pengurus dan dalam tempoh itu mereka – seperti mana-mana mereka yang lain – membantu dalam usaha kami membina satu pasukan yang akan menuju ke arah yang betul.”

“Tanpa mereka, kami tidak akan menjadi pasukan dan kelab yang kami ada pada masa ini.”

“Kami akan merindui kamu, itu sudah pasti. Namun kami akan mengucapkan selamat tinggal dengan kata-kata yang terindah yang kami boleh: ‘Guys’, kamu pergi sebagai Juara Eropah.”

Klopp kemudian melabel Sturrigde sebagai salah seorang penyerang handalan Liverpool pada era moden.

Sturridge menyertai West Brom pada 2017/18 dan kembali semula ke dalam pasukan untuk membantu Liverpool dari segi ‘squad depth’.

“Apa yang kami mungkin akan hilang adalah kepimpinan Daniel di dalam bilik persalinan kami.”

“Beliau seorang yang hebat dan membantu ramai pemain muda juga. Beliau menjadi orang penting dalam pembangunan kami di sini.”

Moreno pemain yang menjadi pilihan utama Jurgen Klopp pada awal era beliau. Namun selepas itu Moreno kehilangan tempat kepada James Milner – dan kini posisi bek kiri adalah milik Andy Robertson.

Moreno hanya bermain 5 kali musim 2018/19 namun Jurgen Klopp sangat kagum dengan sikap profesional pemain itu.

“Mungkin beliau tidak mendapat minit perlawanan yang beliau mahukan. Namun sumbangan beliau tidak sesekali dilupakan. Belau sentiasa memberikan yang terbaik ketikan latihan untuk memastikan pasukan ini terus kuat.”

“Albie seorang pemain berkelas dunia, dan saya tahu beliau akan kembali ke dalam pasukan kebangsaan Sepanyol dalam masa terdekat.”

Walaupun Moreno dan Sturridge bukan pemain yang bermain banyak minit untuk Liverpool, namun kedua-dua mereka merupakan ‘team player’ yang penting untuk pasukan. Profesionalisme mereka sangat tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN