Liverpool Boleh Juara EPL 2019/20 Lebih Awal Daripada Man United

Liverpool

Ianya bukan lagi persoalan boleh ke tak? Slip ke tak? Tetapi persoalan bila Liverpool boleh menjulang Liga Perdana Inggeris musim 2019/20.

Kepada penyokong Liverpool yang merancang untuk berkumpul bersama untuk parti tontonan, anda boleh jadikan artikel ini sebagai panduan ringkas.

Selepas kemenangan Liverpool 2-1 ke atas Bournemouth di Anfield, mereka sebenarnya dibezakan dengan 3 lagi kemenangan untuk bergelar juara.

Namun semalam, skuad bimbingan Pep Guardiola pula tewas, dan ia telah memangkah 1 lagi kemenangan untuk menjadikan kira turun kepada 2 kemenangan sahaja lagi.

Berikut adaalah baki perlawann melibatkan Liverpool:

16 Mac: vs Everton
21 Mac: vs. Crystal Palace
5 April : vs Manchester City
12 April : vs. Aston Villa
20 April: vs Brighton
25 April: vs Burnley
2 Mei: vs Arsenal
9 Mei: vs Chelsea
17 Mei: vs Newcastle

Bila tarikh paling awal Liverpool boleh angkat EPL?

Tahukah anda, Liverpool boleh menjadi juara EPL sebelum mereka menyepak bola dalam aksi Derbi Merseyside berhadapan dengan pasukan Everton di Goodison Park.

Ini akan berlaku jika Manchester City tewas dalam dua perlawanan liga mereka berturut-turut.

Kenapa pula Liverpool menjulang lebih awal?

Manchester City akan berhadapan dengan Arsenal pada aksi pertengahan minggu ini dan diikuti oleh aksi berhadapan dengan Burnley.

Kedua dua sepak mula adalah lebih awal daripada sepak mula Liverpool menentang Everton di Goodison Park.

Berikut adalah 2 perlawanan seterusnya di melibatkan Man City dan Liverpool dalam waktu Malaysia.

Man City vs Arsenal – Khamis (12 Mac) 3.30 am
Man City vs Burnley – Sabtu (14 Mac) 11.00 pm
Everton vs Liverpool – Selasa (14 Mac) 4.00 am
Newcastle vs Manchester City – Sabtu (21 Mac) 11.00 pm
Crystal Palace vs Liverpool – Ahad (22 Mac) 1.30 am

Itu merupakan 5 perlawanan yang akan menjadi tumpuan untuk melihat sejauh mana Liverpool boleh mengesahkan kejuaraan liga paling awal.

Berdasarkan jadual di atas, jika Man City kalah dua perlawanan mereka sebelum sepak mula di antara Liverpool dan Everton, maka The Reds sudah meraikan kejuaraan di hadapan jiran mereka.

Namun jika keadaan itu tidak berlaku, Liverpool hanya perlu memenangi 2 perlawanan lagi ataupun mendapat enam mata lagi untuk menjadi juara.

Pasukan mana paling awal juara?

Dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, Manchester United pernah menjuarai EPL pada 14 April 2001. Ianya adalah pengesahan kejuaraan paling awal dalam sejarah setakat ini.

Liverpool dilihat dalam landasan terbaik untuk memecahkan rekod itu walaupun baru sahaja tewas 3-0 di tangan Watford beberapa minggu lalu.

Ini kerana mereka masih ada maksimum 4 perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan sehingga 12 April.

Rekod mata seabad

Liverpool kini sudah mengutip 82 mata, hanya dibezakan dengan 18 mata daripada mata seabad / centurion ataupun 100 mata.

Sebelum ini hanya Manchester City yang pernah memenangi liga dengan rekod 100 mata pada 2017/18.

Liverpool masih ada baki sembilan perlawanan untuk mendapatkan 18 mata tersebut. Secara keseluruhan masih ada 27 mata untuk mereka raih secara maksimum.

Rumusan

Liverpool dalam landasan terbaik untuk menjadi pasukan yang mengesahkan kejuaraan liga paling awal di dalam sejarah, mengatasi rekod yang dipegang skuad legenda Sir Alex Ferguson pada 2000/2001.

Adakah ia akan berlaku?

Anda bayangkan Liverpool mengesahkan kejuaraan itu di Goodison Park – di rumah seteru sebandar – dan kemudian memecahkan rekod Man United – yang juga seteru utama mereka – pastinya ia adalah lebih manis.

Namun Manchester City pastinya mahu menangguhkan kejayaan Liverpool itu selengah yang mungkin. Pada masa yang sama, Everton juga pasti mahu bermati matian tidak mahu Liverpool meraikan kejuaraan mereka di Goodison Park, jika Man City berjaya menang 2 perlawanan mereka selepas ini.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply