Liridon Krasniqi Sertai Latihan JDT

Iklan

Bekas pemain Kedah dan Melaka, Liridon Krasniqi dilihat bersama dengan pasukan JDT dalam latihan pasukan mereka.

Liridon Krasniqi masih belum mengumumkan kelab beliau untuk musim baharu.

Perkembangan terbaru itu menguatkan lagi spekulasi bahawa pemain tersebut bakal menyarung jersi JDT.

JDT memulakan sesi latihan pasukan mereka, yang kami percaya merupakan latihan pertama untuk pra musim 2020.

Liridon Krasniqi merupakan pemain box to box yang pernah menempa kegemilangan di dalam peringkat domestik di Malaysia ketika bersama Kedah.

Dalam video rangkuman latihan oleh pasukan JDT yang dimuat naik oleh JST, Liridon dilihat beramah mesra dengan para pemain JDT yang lain dan kemudiannya bertemu dengan pemilik kelab iaitu TMJ.

TMJ dan Liridon berbual ringkas dan berpelukan selepas itu.

Adakah Liridon akan menyertai JDT? Beliau pastinya menjadi tambahan berguna kepada pasukan kerana peranannya yang box to box.

Liridon merupakan pemain yang sudah masak dengan ekosistem Liga Malaysia. Namun sebelum ini di Melaka beliau kurang menjadi.

Krisis kecederaan dan juga kegagalan mendapatkan gandingan terbaik membuatkan nama beliau seperti tidak wujud pada musim lalu.

Namun mungkin juga beliau hanya berlatih bersama JDT untuk meningkatkan kecergasannya. Perkara itu juga kerap dilakukan beberapa pemain profesional yang lain.

Apapun, jika benar beliau menyertai JDT, pastinya pengumuman rasmi akan dibuat. Kita semua tahu, JDT merupakan pasukan yang mahu cepat menyelesaikan isu pemain untuk membolehkan mereka bersedia lebih awal.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram