Lionel Scaloni: Messi Masih Memainkan Peranan Besar Buat Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Messi

Lionel Messi mungkin tidak menikmati prestasi terbaiknya dalam saingan Copa America 2019 tetapi bintang Argentina itu masih mendapat sokongan daripada ketua jurulatih La Albiceleste, Lionel Sebastian Scaloni.

Selepas mengharungi empat perlawanan, Messi hanya menjaringkan satu gol dan ianya terhasil pada aksi kedua peringkat kumpulan menerusi sepakan penalti ketika bertemu Paraguay.

Scaloni bagaimanapun mempertahankan Messi dan menegaskan beliau masih merupakan tunjang kepada kekuatan Argentina yang melayakkan diri ke separuh akhir bagi bertemu tuan rumah, Brazil.

”Saya berfikir, bersama dengan ramai lagi orang lain, dia (Lionel Messi) merupakan tambahan penting di dalam atas padang.”

”Sekiranya anda disini untuk melihat berapa banyak sumbangannya di dalam bilik persalinan, berapa banyak sumbangannya di dalam padang untuk rakan sepasukannya, mungkin anda akan memikirkan sesuatu yang berbeza.”

”Saya boleh memberikan jaminan bahawa dia telah memainkan peranan yang besar buat pasukan, kami tidak mempunyai keraguan terhadap perkara tersebut.”

”Messi adalah Messi. Dia adalah yang terbaik, mengatasi orang lain.”

Lionel Messi berpeluang untuk membalas kritikan yang dilemparkan terhadapnya dengan aksi cemerlang pada pertemuan menentang seteru utama, Brazil di peringkat separuh akhir, 3 Julai nanti.