Lionel Messi: “Anak Saya Thiago Pun Kritik Bila Kami Kalah”

Satu perkara yang menjadi kebiasaan dalam diri kanak-kanak adalah mereka suka untuk bertanya.

Mereka akan bertanya macam-macam perkara dan kerana sikap ingin tahu yang cukup tinggi pada fasa tersebut.

Situasi itu kadang kala membuatkan ibu bapa tidak senang duduk untuk menjawab pelbagai pertanyaan dari si anak, begitu juga dengan Lionel Messi.

Menurut laman Sport-English, Messi mengakui yang beliau terpaksa menceritakan semuanya kepada anaknya Thiago apabila dirinya mengalami kekalahan.

Hal ini kerana, anaknya itu akan memaksa beliau untuk menceritakan semuanya!

“Ianya sukar untuk berhadapan dengan kekalahan dan prestasi yang tidak baik. Tetapi Thiago memaksa saya untuk bercakap mengenainya dan menerangkan kenapa kami tidak menang.”

Bukan saja dipaksa, malah ada masanya Messi akan dikritik oleh Thiago kerana kekalahan yang dihadapinya!

“Ya, saya ada menerima kritikan daripada Thiago! Barcelona, La Liga, UEFA Champions League, semua itu beliau ikut dengan tekun.”

“Thiago sukakannya dan beliau akan tanya soalan dan memberikan kritikan apabila kami tidak melakukannya dengan baik.”

Kecenderungan Thiago kepada bola sepak ini bukanlah satu perkara yang asing kerana bapanya sendiri adalah pemain terbaik di dunia.

Thiago jelas suka untuk menanyakan mengenai bola sepak kepada bapanya kerana beliau merupakan anak yang paling sulung dalam kalangan adik beradiknya. Jadi fikirannya lebih matang untuk memahami bola sepak berbanding adik-adiknya.

Messi mempunyai 3 orang anak iaitu Thiago, Mateo dan Ciro.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply