Lionel Messi Terpaksa Tanggung Rugi RM500,000 Sehari

Lionel Messi akhirnya berjaya menamatkan kemarau kejuaraan di kejohanan antarabangsa apabila berjaya membantu Argentina menewasakan Brazil 1-0 di perlawanan akhir Copa America pada pada pagi tadi.

Namun demikian status ‘ejen bebas’ pemain itu sejak kontrak bersama Barcelona tamat pada minggu lalu menyebabkan Messi menanggung kerugian sebanyak €100,000 (RM497,705) sehari. Jumlah tersebut berdasarkan purata bayaran gaji, bonus, hak imej, dan pelbagai jenis insentif lain diterima pemain itu selama ini.

Ini bermakna Messi tidak ada banyak masa untuk meraikan kejayaan bergelar juara Copa America kerana perlu melakukann rundingan dan mencapai persetujuan segera dengan Barcelona untuk kontrak baharu jika mahu kekal di Nou Camp pada musim hadapan.

Akhbar El Mundo sebelum ini pernah mendedahkan jumlah pendapatan Messi di Barcelona. Akhbar Perancis, L’Equipe kemudiannya membuat pengiraan bahawa kapten Argentina itu kehilangan €100,000 sehari sejak kontrak bersama gergasi Catalan itu tamat.

Menurut El Mundo, Messi menerima bayaran sebanyak €138.9 juta semusim di Barcelona, dan kelan itu bebas dari tanggungan tersebut sejak seminggu yang lalu.

Buat masa ini Presiden Barcelona, Joan Laporta berusaha melakukan sedaya upaya beliau untuk memungkinkan Messi diberikan kontrak baharu di kelab itu – walaupun mengalami kedudukan kewangan yang sukar.

“Saya mahu berkata semuanya sudah selesai, tetapi ia tidak semudah itu. Perbincangan berjalan dengan lancar buat masa ini, tetapi ia belum berakhir,” kata Laporta baru-baru ini.

“Ideanya ialah untuk mencapai titik persetujuan secepat mungkin. Kami yakin beliau juga mahu kekal [bersama Barcelona].”

Terdapat juga laporan dari Sepanyol mengatakan presiden kelab-kelab La Liga yang lain sanggup membantu Barcelona dari segi kewangan demi mengekalkan Messi di Sepanyol. Ini kerana Messi memberikan impak yang besar dari segi keuntungan yang diperolehi dalam bentuk hak penyiaran yang diterima oleh kelab-kelab lain.

Lionel Messi akhirnya berjaya mendapatkan kejuaraan bersama-sama skuad kebangsaan Argentina selepas berhasil memperoleh gelaran Copa America 2021 menewaskan Brazil.

Bertemu musuh tradisi Stadium Maracana, aksi di perlawanan akhir ini jelas sekali begitu sengit antara kedua-dua pasukan.

Argentina berjaya mendapatkan gol pendahuluan menerusi Angel Di Maria selepas hantaran jarak jauh yang begitu baik dari Rodrigo De Paul berjaya menemui pemain itu dan Di Maria melambungkan bola itu ke gol Brazil.

Drama lebih banyak terhasil di penghujung perlawanan apabila Brazil terus-menerus menyerang kubu pertahanan Argentina

Lionel Messi mempunyai peluang untuk memateri kemenangan menerusi situasi serangan balas pantas, namun beliau gagal melakukan percubaan sebelum bola ditangkap Ederson Moraes.

Kejayaan ini menamatkan penantian 28 Argentina untuk gelaran Copa America selepas kali terakhir dimenangi pada 1993.

Ia juga menamatkan penantian bagi gelaran bola sepak antarabangsa di peringkat senior buat Messi. Kini tiba masanya Messi menentukan soal masa depan di peringkat kelab.

Baca artikel menarik lain daripada kami melalui pautan:

Copa America: Akhirnya Messi Menang Juga Piala Bersama Argentina!

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Chelsea Paling Hebat, “Supplier” Terbesar Pemain Di Separuh Akhir Euro 2020

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN