Adakah Benar Lionel Messi Pro Zionis Dengan Mesej “Stand With Israel”?

Lionel Messi seringkali dikaitkan dengan sokongan beliau ke atas Israel oleh beberapa pihak kerana gambar ini:

Dan juga gambar ini:

Bagi sesetengah orang, untuk memberikan penjelasan kepada gambar ke-2 itu agak naif. Kerana ianya jelas sekali tidak asli ataupun disunting dengan perisian.

Hari ini anda tak memerlukan komputer riba untuk menyunting gambar seperti itu, cukup dengan telefon pintar. Untuk gambar ‘Stand With Israel’ yang dikatakan satu sokongan Messi kepada rejim zionis, ini adalah gambar asli:

Gambar apa itu?

Baiklah, gambar tersebut adalah gambar Messi memegang baju yang ditulis Rosario 2019. Bandar Rosario telah membida hak tuan ruma sukan Pan America 2019.

Lionel Messi adalah pemain yang lahir di Rosario. Sudah pastinya pihak pembida hak tuan rumah sukan tersebut berasa bangga kerana bintang besar seperti Lionel Messi mahu meluangkan masa beliau untuk menyatakan sokongan secara peribadi kepada bidaan tersebut.

Dengan teknologi yang ada hari ini, boleh sahaja Lionel Messi menghantar ucapan rakaman video dan dipertontonkan kepada umum. Namun Lionel Messi mahu membantu dan menyumbang sesuatu untuk tempat kelahirannya. Namun mereka telah tewas kepada Bandar Lima, Peru.

Ada juga yang menyunting gambar ini, namun ianya tak tular.

Seterusnya, kita juga seringkali melihat gambar yang menunjukkan Messi dan Barcelona mengunjungi Israel dan bermain bola sepak di sana. Messi dilihat pergi ke pusat ibadat orang Israel, terus sahaja Messi dituduh Yahudi dan menyokong Zionis.

Gambar itu sebenarnya gambar yang diambil ketika Jelajah Keamanan oleh Barcelona pada 2014 ke Palestine dan Israel. Mereka melawat tempat ibadat orang Yahudi dan cuba memahami beberapa budaya masyarakat tersebut.

Gambar itu seringkali digunakan untuk memburukkan Lionel Messi dan Barcelona setiap kali ada konflik dan serangan oleh Israel ke atas Palestine.

Jelajah Keamanan Barcelona 2014

Sebaik sahaja tamat perlawanan persahabatan di antara Barcelona dan Santos di Nou Camp pada 2 Ogos 2014, mereka terus bergegas ke lapangan terbang untuk pergi ke Timur Tengah.

Barcelona merupakan salah sebuah kelab yang menjadi rakan UNICEF, sebuah badan di bawah PBB. Mereka menganggap jelajah ini penting untuk menyebarkan mesej keamanan di Timur Tengah.

Anda bayangkan, dengan pemain mereka yang keseluruhannya bernilai beratus juta, kelab ini tetap tidak peduli dengan risiko keselamatan yang dimomokkan oleh beberapa pihak, sesuai dengan slogan mereka, ‘Lebih Daripada Sekadar Kelab’ Mes Un Club’.

Ini adalah gambar Lionel Messi dan Neymar melayan kanak-kanak Palestine ketika jelajah tersebut.

Dalam jelajah tersebut mereka akan melawan Palestine dan kemudiannya Israel. Dipetik daripada kenyataan Barcelona dalam pengumuman jelajah itu:

“FC Barcelona dengan kerjasama dan sokongan penuh daripada kerajaan Israel dan Palestine akan menganjurkan 2 klinik bola sepak keamanan”

“Satu di Israel dan satu di Palestine dan kedua-dua klinik itu akan melibatkan kanak-kanak daripada Israel dan Palestine.”

Barcelona mahu membantu menyebarkan mesej keamanan di sana supaya lebih ramai orang awam dan kanak-kanak tidak menjadi mangsa konflik.

Walaupun tidak sehaluan dalam banyak perkara, namun begitu, Israel dan Palestine masing-masing sangat cintakan sukan bola sepak.

“FC Barcelona merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Presiden Israel Shimon Peres, serta Presiden Palestine, Mahmoud Abbas di atas visi dan kepimpinan mereka.”

Barcelona, FA Israel dan FA Palestine akan terlibat secara aktif dalam jelajah kemanan tersebut. Barcelona juga berkata, semua jualan tiket untuk jelajah itu akan disumbangkan ke badan amal kemnusiaan.

Barcelona turut menyumbang dana bagi pihak mereka.

Jika anda selalu disogokan dengan gambar Barcelona di Israel, anda harus tengok gambar ini juga, ketika FC Barcelona melawat pejabat Presiden Mahmoud Abbas di Palestine.

Mereka melawat beberapa tempat bersejarah di Palestine termasuk tempat kelahiran Jesus dalam kepercayaan Kristian. Ia pastinya memberikan kegembiraan untuk ramai pemain Barcelona yang bergama Kristian.

Di Basilica mereka disambut dengan meriah dan ramah oleh penduduk di situ. Presiden FA Palestine, Jibril Rajoub berkata:

“Ini adalah langkah besar dalam usaha menuju keamanan. Kami berjanji, jika kemerdekaan Palestine dicapai suatu hari nanti, pasukan pertama yang kami akan jemput bermain di sini adalah Barcelona.”

Presiden Barca ketika itu, Sandro Rosell mengucapkan terima kasih dan tersentuh dengan sambutan orang Palestine kepada mereka.

Selepas melihat ramai sangat kanak-kanak dengan jersi Barcelona, Sandro menyatakan ia adalah antara perkara yang indah serta menyentuh hati.

Memang ada bantahan daripada beberapa pihak ke atas jelajah tersebut di kedua-dua belah pihak. Namun dengan penjelasan artikel ini, lebih ramai akan faham tentang beberapa keping gambar yang mereka selalu tengok dan ditafsir secara salah.

Cuba dapatkan kesahihan fakta sebelum melemparkan tuduhan. Lionel Messi seringkali dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo kerana kononnya Ronaldo dilihat lebih dermawan ke atas Palestine.

Namun sebenarnya, kedua-dua mereka sentiasa ringan tangan membantu Palestine dan juga keamanan dunia dan juga kanak-kanak. Messi sendiri menafikan tuduhan beliau menderma €1 juta kepada Israel.

MADRID, SPAIN – DECEMBER 23: Cristiano Ronaldo of Real Madrid helps Lionel Messi of Barcelona during the La Liga match between Real Madrid and Barcelona at Estadio Santiago Bernabeu on December 23, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Victor Carretero/Real Madrid via Getty Images)

Semalam, dunia dikejutkan dengan berita pembatalan perlawanan pemanas badan Piala Dunia di antara Argentina dengan Israel. Salah satu daripada sebabnya adalah Lionel Messi yang meminta agar perlawanan yang sepatutnya diadakan di Jerusalem itu dibatalkan.

Media pro-Israel mengecam tindakan Argentina dan turut menyalahkan Palestine kerana didakwa menekan dan mengugut Argentina supaya membatalkan perlawanan tersebut.

Namun hal itu dinafikan Jibril Rajoub yang berpendapat, Argentina membatalkan jelajah itu kerana mereka mengikut kata hati dan prinsip mereka.

Diharap kita semua berlapang dada dalam mentafsir maklumat yang kita terima di hujung jari kita semua. Cuba semak kesahihannya sebelum melemparkan tuduhan tak berasas.

Bola sepak sememangnya harus bebas daripada unsur politik. Jika setakat perlawanan Argentina berhadapan dengan Israel yang tidak dianjurkan di kawasan kontroversi seperti Jerusalem, tidak bermaksud kita menuduh Argentina adalah pro zionis kerana sanggup menentang Israel.

Pembatalan kali ini lebih kepada pemilihan venue yang sangat tak sesuai dan sensitif bagi rakyat Palestine yang sebelum ini berduka apabila Amerika Syarikat mengumumkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN