Messi Berkongsi Hobi Dan Kegilaan Beliau Sebagai Pengumpul Jersi Yang Fanatik

Pemain bola sepak dan koleksi jersi adalah sangat biasa, namun untuk pemain segah Lionel Messi ia unik apabila beliau memiliki ratusan koleksi jersi dari seluruh dunia.

Daripada jersi lagenda seperti Totti sehinggalah pemain West Ham iaitu Lanzini ada dalam koleksi Messi.

Ia diletakkan di dalam satu bilik khas oleh bintang Barcelona dan kapten Argentina ini. Messi bersama anaknya Thiago duduk di dalam bilik koleksi tersebut.

Beliau berkongsi gambar tersebut di instagram beliau. Jersi-jersi tersebut digantung di dinding dan ada yang diletakkan di lantai serta siling yang dilapik dengan kaca.

Antara jersi yang dikatakan Messi sebagai wajib milik adalah Pablo Aimar. Ini kerana Aimar adalah idola Lionel Messi ketika masih kecil.

Selain daripada Aimar, Messi juga meminati Fabregas ketika beliau baru memulakan karier di Barcelona. Fabregas yang menjadi kapten Arsenal kemudiannya pernah menjadi rakan sepasukan Messi di Camp Nou.

Lagenda lain yang turut berada dalam koleksi Messi adalah Thierry Henry, Phillip Lahm. Jersi Nedved turut ada dalam koleksi Messi.

Rakan karib beliau di kem Argentina, Kun Aguero juga di dalam senarai koleksi selain daripada Lavezzi, Diego Milito dan Di Maria.

Ada 2 jersi Real Madrid di dalam koleksi Lionel Messi iaitu lagenda Raul Gonzales dan juga Iker Casillas.

Namun ramai juga yang mendapati tiada jersi seteru utama beliau, Cristiano Ronaldo di dalam koleksi beliau.

Seperkara lagi yang menarik perhatian, semua jersi itu ditayangkan secara membelakang. Ini dipercayai kerana Messi mahu menjaga nama penaja Adidas.

Sampai begitu profesionalisme Lionel Messi dalam masa yang sama beliau tetap manusia biasa yang minat mengumpul jersi dan masa yang sama, semua collector jersi ini mahu memiliki jersi lagenda.

Anda boleh berkunjung ke Instagram Lionel Messi untuk melihat lebih banyak lagi koleksi.

Baca juga: Dato’ Iskandar, Ahli Politik Dan Penyokong Southampton Santai Yang Harus Anda Ikuti

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply