Lionel Messi Jadi Punca Real Madrid Hilang Dominasi Di El Clasico

Albert Ferrer Lionel Messi

Perlawanan El Clasico antara Barcelona dan Real Madrid jelas merupakan antara aksi yang paling ditonton di seluruh dunia.

Ianya adalah simbol kemegahan bola sepak Sepanyol, malah ianya juga adalah saksi kehebatan pemain bernama Lionel Messi.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan pemain itu adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik dalam perlawanan El Clasico. Malah, mungkin yang teratas!

Sejak melakukan penampilan pertamanya dalam El Clasico pada 2005, beliau sudah menunjukkan potensi besarnya sebagai pemain.

Dalam aksi pertamanya itu, Messi menyumbang satu bantuan gol buat jaringan Samuel Eto’o yang kemudiannya menjadi kepada kemenangan 3-0 Barcelona di Santiago Bernabeu.

Sejak dari itu, bermulalah dominasi Messi dalam perlawanan terulung bola sepak Sepanyol.

Sejak dari perlawanan itu, Messi kini sudah merakamkan 14 bantuan gol dalam perlawanan El Clasico.

Selain itu, Messi kini telah menjadi penjaring terbanyak dalam saingan El Clasico sepanjang zaman dengan merakamkan 26 gol – 18 daripadanya adalah pada saingan La Liga.

Rekod jaringan Messi ini mengatasi gol yang terhasil oleh Alfredo Di Stefano (16 gol) dan juga Cristiano Ronaldo (18 gol).

Apa yang menariknya lagi, jumlah jaringan tersebut adalah sama banyak dengan gol yang terhasil oleh seluruh skuad Real Madrid ketika ini.

Real Madrid hilang taring

Sejak kewujudan Messi dalam saingan El Clasico, beliau jelas sekali telah mencabar status quo Real Madrid yang sering menguasai perlawanan itu.

Hasil dari cabaran itu, Real Madrid kini tidak lagi menguasai saingan El Clasico apabila Messi berjaya merakamkan 19 kemenangan, 11 seri dan 13 kekalahan.

Dalam rekod keseluruhan, kedua-dua pasukan kini terikat dengan 96 kemenangan dengan 19 daripadanya adalah pada era Messi.

Namun begitu, Real Madrid masih lagi mempunyai penguasaan tipis dalam saingan liga apabila mencatatkan 73 kemenangan – lebih satu daripada Barcelona.

Namun rekod itu boleh disamakan oleh Barcelona sekiranyan mereka menang perlawanan malam ini!

Menangi hadiah dari La Liga dengan menonton siaran langsung El Clasico!

Anda berpeluang untuk menenangi hadiah rasmi dari La Liga dengan mengikuti ulasan siaran langsung yang dibawakan terus dari laman Facebook kami.

Ulasan akan dibawakan oleh ketua editor kami, Ahmad Muzammil, Razeen Khalid dan dihoskan oleh Aysha Ridzuan.

Hadiah ini dibawa terus dari Madrid, Sepanyol tau, jadi jangan lupa tonton jam 9.45 malam ini!

La Liga El Clasico

Baca juga artikel kami mengenai Lionel Messi:

Statistik Menunjukkan Lionel Messi Sedang Mengubah Gaya Permainannya

Sergino Dest: Saya Tak Faham Apa Yang Lionel Messi Cakap

Tahukah Anda? Lionel Messi Hampir Sertai Chelsea Pada Tahun 2004

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN