Lionel Messi: Apa Yang Saya Lakukan Untuk Kebaikan Barcelona

Lionel Messi

Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi mengakui tindakannya sebelum ini mahu meninggalkan Barcelona adalah demi kebaikan kelab tersebut dan tidak berniat untuk membuatkan The Blaugrana berada dalam keadaan huru-hara.

Messi sebelum ini berkeras untuk meninggalkan Nou Camp sebaik sahaja Barcelona tewas 2-8 di tangan Bayern Munich pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2019/20 di Lisbon dan Manchester City dilihat sebagai destinasi baharu buatnya.

Namun, selepas perbincangan dilakukan bersama presiden kelab, Josep Bartomeu, Messi memilih untuk terus kekal bersama kelab yang sudah cukup sebati dengan hidupnya itu.

Sehubungan dengan itu, beliau mahu semua pihak berganding bahu dan memandang ke hadapan untuk terus menjadikan Barcelona sebagai kelab yang disegani di dunia.

”Saya mengambil tanggungjawab atas segala kesalahan saya dan sekiranya ada, ia hanyalah untuk membuatkan FC Barcelona lebih baik dan kuat,” ujar Messi menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Saya ingin memberikan pesanan kepada semua peminat yang mengikuti kami. Jika pada ketika ini, ada di antara mereka yang merasa terganggu dengan sesuatu yang saya kata dan lakukan, janganlah anda semua ragu kerana apa-apapun yang saya lakukan sentiasa demi kebaikan kelab ini.”

”Setelah banyak perselisihan berlaku, saya mahu menamatkan segalanya. Kami semua bersatu dan menganggap yang terbaik masih lagi belum menjelma.”

”Menyatukan semangat dengan kegembiraan dan motivasi akan menjadi satu-satunya cara untuk mencapai objektif kami, sentiasa bersatu dan mendayung ke arah yang sama,” tambah Messi lagi.

Permasalahan yang dihadapi Barcelona sebelum ini kelihatan semakin menunjukkan perkembangan positif apabila Barcelona berjaya membelasah Villareal 4-0 pada aksi sulung kempen La Liga 2020/21 pada minggu lalu.

Kredit featured image: David Ramos/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Lionel Messi:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply