Lionel Messi: 10 Detik Ikonik Bersama Barcelona Jadi Kenangan Zaman-Berzaman

Lionel Messi sah tidak akan menyambung kontraknya bersama-sama Barcelona, meninggalkan kelab tersebut selepas 21 tahun bersama.

Sepanjang tempoh tersebut, Messi beraksi selama 17 tahun bersama skuad utama Barcelona dan menghasilkan pelbagai magis dan momen yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Berikut adalah antara 10 detik ikonik yang kami kumpul dan kongsikan bersama anda mengenai Messi sepanjang beliau bersama Barcelona.

10. Messi jaring 5 gol lawan Bayern Leverkusen di UCL

Barcelona ditewaskan oleh Chelsea di separuh akhir UEFA Champions League (UCL) pada 2012. Tetapi lima gol yang dijaringkan Messi dalam aksi luar biasa di pusingan 16 terbaik pertandingan tersebut pasti akan terus dikenang.

Penyerang dari Argentina itu tampil sebagai pemain pertama dalam sejarah menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan di peringkat kalah mati pertandingan tersebut, sekaligus menyaksikan Barcelona mara ke suku akhir dengan agregat 10-2.

9. Hatrik lawan Real Madrid pada usia 19 tahun

Perlawnan ini dianggap sebagai pengenalan kepada Messi oleh Barcelona. Pada usia 19 tahun, Messi menjaringkan hatrik menentang seteru utama Real Madrid pada 2007.

https://twitter.com/fcbManii/status/1407938439559843843

Pada ketika Barcelona seperti akan tewas 3-2 kepada Los Blancos, Messi menghadirkan magis untuk memastikan Barcelona seri perlawanan tersebut.

8. Gol solo spektakular lawan Getafe di Copa Del Rey

Gol ikonik ini sering disamakan dengan jaringan yang pernah dihasilkan Diego Maradona dalam perlawanan menentang England pada 1986. Kali ini pertandingan Copa Del Rey pada 2007 menjadi saksi.

Bermula dari kawasan sisi tengah padang, Messi menggelecek beberapa pemain sebelum menjaringkan gol dengan kaki kanan.

Lima pemain Getafe menjadi mangsa gelecekan Messi, termasuk penjaga gol. Jaringan tersebut merupakan gambaran bakat luar biasa pemain tersebut yang bakal meniti selepas itu.

7. Gol luar biasa lawan Athletic Bilbao pada 2015

Pada musim Barcelona meraih gelaran treble yang cukup bersejarah, Messi menghasilkan satu lagi aksi luar biasa di perlawanan akhir Copa del Rey 2015.

Bermula daripada bahagian tengah, Messi bertindak menggelecek ramai pemain Athletic Bilbao sebelum melepaskan rembatan melepasi penjaga gol, Iago Herrenin.

6. Messi pecah rekod jaringan Gerd Muller untuk satu tahun kalendar

Ia mungkin satu rekod yang tidak akan diulangi lagi dalam bola sepak profesional. Messi memecahkan rekod Gerd Muller untuk jaringan terbanyak dalam tempoh satu tahun kalendar pada 2012, melalui jaringan ke-86 dalam perlawanan menentang Real Betis.

Messi kemudian menjaringkan lima lagi gol pada tahun itu untuk mengumpul 91 jaringan keseluruhan.

5. Tandukan menakjubkan lawan Manchester United pada 2009

Pada ketika Barcelona mendahului Manchester United 1-0 di perlawanan akhir Champions League 2009, Messi melebarkan kedudukan melalui tandukan – menyempurnakan hantaran lintang cantik dari Xavi ke penjuru atas gawang.

Messi berjaya melakukan tandukan tersebut di sebalik kritikan pemain itu kurang menggunakan kepala untuk menghasilkan jaringan. Jaringan tersebut menyebabkan anak buah Sir Alex Ferguson gagal bangkit, sekaligus memberikan kejuaraan kepada skuad Blaugrana kejuaraan di Rom.

4. Kejuaraan Champions League 2011

Sekali lagi menentang Manchester United, kali ini di perlawanan akhir Champions League pada 2011. Messi dan Barcelona dianggap menghasilkan salah satu aksi berpasukan terbaik yang pernah disaksikan di perlawanan akhir utama apabila menewaskan Red Devils 3-1 di Stadium Wembley.

Selepas Wayne Rooney berjaya memadam gol pendahuluan Pedro, Messi kembali memberikan kelebihan kepada pasukannya dengan rembatan deras dari luar kotak penalti.

3. Messi jaring empat gol lawan Arsenal di UCL

Ketika Barcelona ketinggalan 2-1 secara agregat menuju perlawanan timbal balik suku akhir menentang Arsenal, Messi tahu beliau perlu menghasilkan sesuatu yang luar biasa di Nou Camp untuk memastikan kemaraan Barcelona ke peringkat seterusnya.

Aksli luar biasa dari maestro itu menghasilkan empat gol, dan Messi secara berseorangan memusnahkan impian Arsenal mencipta kejutan dalam pertandingan pada 2010 itu.

2. Gol solo luar biasa menentang Los Blancos

Selepas Pepe dilayangkan kad merah untuk Real Madrid pada perlawanan pertama separuh akhir menentang Barcelona, Messi tampil menghasilkan salah satu detik ikonik di Estadio Santiago Bernabeu.

Menerima bola dari Sergio Busquets, penyerang itu melepasi halangan beberapa pemain berjersi putih Los Blancos sebelum percubaannya menewaskan Iker Casillas.

Barcelona menang perlawanan tersebut 2-0, hasil satu lagi gol daripada Messi.

1. Messi beri kemenangan dramatik El Clasico

Pada ketika kedudukan seperti akan berakhir seri 2-2 selepas gol penyamaan oleh James Rodriguez untuk Los Blancos, Lionel Messi sekali lagi menampilkan magis yang akan dikenang sepajang karier beliau bersama Barcelona – di saat akhir masa tambahan perlawanan El Clasico pada 2017.

Menerima hantaran daripada Jordi Alba, Messi kemudiannya melencongka bola melepasi capaian penjaga gawang untuk memberikan kemenangan kepada Barcelona. Ia juga adalah jaringan ke-500 Messi untuk kelab.

Penutup

Detik dan moment manakah yang paling anda kenang mengenai Lionel Messi sepanjang karier beliau bersama Barcelona?

Kongsikan dengan kami melalui platform yang disediakan. Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN