Penyerang Liga Kuwait, L’imam Seydi Target Man Baru Kelantan?

Iklan

Semalam kami ada mendedahkan yang Tan Sri Annuar Musa yang beliau tidak berpuas hati dengan aksi pasukan Kelantan.

Beliau juga memberi bayangan yang Kelantan perlu dapatkan penyerang baharu atau lebih tepat target man baharu untuk pasukan Kelantan.

Hari ini, beliau ada memuat naik gambar seorang pemain dengan senyuman yang cukup menarik perhatian.

Tapi siapakah beliau?

Menurut hasil siasatan kami, beliau adalah penyerang dari Perancis bernama L’imam Seydi.

Berusia 31 tahun, beliau lahir pada 31 Ogos 1985 dan pernah bermain dibeberapa buah kelab sebelum ini.

Penyerang berkaki kiri ini pernah bermain di kelab Inter Baku (Azerbijan), Birkirkara FC (Malta) dan juga Moldava di Slovakia.

L’imam Seydi juga merupakan seorang penyerang yang boleh bermain di pelbagai posisi lain.

Beliau juga boleh bermain di bahagian sayap dengan kebolehan bermain di sayap kiri dan juga sayap kanan.

Untuk rekod, L’imam Seydi pernah berada di Asia Tenggara apabila menyertai sesi percubaan (trial) di kelab Indonesia iaitu Persib Bandung.

Namun begitu, nasib tidak menyebelahi beliau apabila beliau gagal untuk mendapatkan kontrak melalui sesi percubaan itu.

Sepanjang karier, beliau telah menjaringkan 226 gol dan sudah bermain lebih dari 6 ribu minit permainan.

Jadi, adakah beliau target man yang dimaksudkan oleh Tan Sri Annuar Musa? Sama-sama kita nantikan.

Sebelum itu, nikmatilah video kompilasi aksi beliau bersama kelab terdahulu beliau. Nikmatilah!

https://www.youtube.com/watch?v=GyzLLYCy-es

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram