Lima Pemain Terbaik Manchester United Setakat Ini

Lima pemain terbaik Manchester United setakat ini telah dipilih dengan kesemua mereka sememangnya antara pemain paling berprestasi dalam membantu Red Devils terus bersaing di kelompok empat teratas liga.

Tujuh perlawanan dalam saingan Premier League setakat ini, Manchester United berjaya untuk berada di kedudukan keempat dalam carta liga.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu berjaya mencatatkan empat kemenangan, satu kekalahan dan dua keputusan seri.

Melihat kepada permulaan musim mereka kali ini, ia sepertinya tidak begitu memihak kepada skuad Manchester United yang dianggap boleh mencabar kejuaraan liga musim ini.

United dianggap pasukan paling garang musim ini dengan kehadiran pemain seperti Cristiano Ronaldo, Paul Pogba dan Bruno Fernandes.

Jentera serangan United tidak dinafikan lagi sememangnya antara yang terbaik dalam saingan Premier League musim ini, namun masalah utama mereka adalah di bahagian defensive midfielder.

Pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer terlalu bergantung kepada gandingan Scott McTominay dan Fred yang mana gandingan ini paling dibenci peminat.

Gandingan tersebut bukan hanya dikecam oleh para peminat, bahkan bekas pemain dan para pundit turut sama mengecam gandingan tersebut.

Para pemain ketika ini sedang beraksi bersama pasukan kebangsaan masing-masing, dengan Solskjaer berkesempatan untuk memikirkan sesuatu berkait taktikal dan pemilihan pemain utamanya.

Beliau sememangnya perlu melakukan perubahan untuk melihat hasil yang lebih positif, dan masa yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh pengurus dari Norway itu.

Berikut merupakan lima pemain terbaik Manchester United setakat ini, dengan kesemua mereka dianggap paling berprestasi berbanding kesemua pemain dalam skuad utama.

5) Raphaรซl Varane

Raphael Varane merupakan penandatanganan terbaru kelab, dengan beliau juga dianggap pemain yang paling disayangi peminat pada ketika ini.

Beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sejak dari awal ketibaannya di Old Trafford dan menjadi nadi penting di barisan pertahanan United.

Varane kini menjadi pemain utama untuk United tidak kira sama ada dalam saingan Premier League mahupun dalam saingan Champions League.

Beliau setakat ini sudah membuat tujuh penampilan dan telah mempamerkan aksi persembahan sungguh menakjubkan dalam semua perlawanan tersebut.

Beliau berjaya mengawal barisan pertahanan United dengan sangat cemerlang walau Maguire dan Luke Shaw berada di tahap persembahan terburuk mereka.

Raphael Varane dipilih sebagai antara pemain paling berprestasi pada ketika ini selepas mempamerkan tahap konsistensi yang menakjubkan.

4) Cristiano Ronaldo

Sejak kepulangan semula beliau ke bumi Old Trafford, Cristiano Ronaldo jelas sekali dianggap penandatanganan paling sempurna untuk United pada musim ini.

Beliau berjaya menepati ramalan dengan muncul sebagai penjaring utama United dan telah berjaya menjaringkan lima gol setakat ini.

Dari kesemua lima gol tersebut, jaringan beliau ketika bertemu Villarreal dianggap yang terbaik kerana ia merupakan gol kemenangan untuk United dalam perlawanan tersebut.

Ole Gunnar Solskjaer sendiri sangat berbangga dengan persembahan Ronaldo setakat ini, dengan beliau telah memberikan pujian menggunung ke atas pemainnya itu.

Walau bagaimanapun, dek kerana mengetepikan Ronaldo dari kesebelasan utama beliau bertemu Everton baru-baru ini, Solskjaer teruk dihentam oleh pelbagai pihak.

Melihat kepada gandingan beliau bersama Paul Pogba dan Bruno Fernandes, tidak dinafikan lagi yang Ronaldo merupakan pilihan utama untuk memenangi gelaran kasut emas musim ini.

3) Paul Pogba

Paul Pogba telah memulakan kempen saingan Premier League musim ini dengan sangat cemerlang, dan beliau turut dianggap berjaya menemui rentak persembahan terbaiknya pada ketika ini.

Hanya dari tujuh penampilan dalam saingan Premier League, Pogba berjaya mencatatkan tujuh assist dan ia merupakan satu pencapaian yang sangat menakjubkan.

Ia juga jelas satu peningkatan yang sangat mendadak untuk bintang Perancis itu, selepas beliau melalui musim sendu pada musim lalu.

Persembahan beliau dilihat lebih klinikal dan positif, dan Pogba pada musim ini lebih kerap dimainkan di posisi sayap kiri dengan beliau sangat selesa bermain di situ.

Walau bagaimanapun, masih ada keraguan terhadap prestasi beliau ketika membantu barisan pertahanan dan aksi tidak menentu yang beliau pamerkan dalam dua perlawanan terakhir ini.

Ole Gunnar Solskjaer perlu mencari jalan terbaik agar beliau mampu menggunakan Paul Pogba sebaik mungkin.

https://twitter.com/EraReformed/status/1445875660019445760?t=WKJEbmAdXK5ePNQiRUfC1A&s=19

Dengan aksi hebat yang sudah beliau pamerkan setakat ini, tidak hairanlah Pogba dianggap antara pemain terbaik dalam saingan Premier League musim ini.

2) David De Gea

Sejak dari awal musim ini, De Gea tidak dinafikan lagi sedang berada di tahap persembahan terbaiknya dan sering menjadi penyelamat United.

Beliau sebelum ini tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dan sering dikritik oleh para peminat atas aksi tidak menentu yang beliau persembahkan.

Namun pada musim ini, beliau berjaya membuktikan yang dirinya masih lagi salah seorang penjaga gol terhebat dunia.

Selain menyelamatkan sepakan penalti minit akhir Mark Noble ketika aksi bertemu West Ham sebelum ini, beliau turut berjaya menyelamatkan begitu banyak percubaan merbahaya dari pasukan lawan.

Tidak dinafikan juga kerana beliau United beberapa kali terselamat dari berdepan dengan kekalahan dan De Gea jelas antara penjaga gol paling berprestasi setakat ini.

Walau beliau sebelum ini dianggap akan hilang tempat sebagai penjaga gol utama, namun sepertinya De Gea kini sudah mengesahkan tempat sebagai penjaga gol utama kelab dihadapan Dean Henderson.

1) Bruno Fernandes

Bruno Fernandes jelas sekali menjadi nadi terpenting United sejak dari awal ketibaannya dari Sporting sebelum ini dengan beliau pada musim lalu memikul United sehingga berjaya mengakhiri saingan liga di kedudukan kedua.

Musim ini, beliau langsung tidak menunjukkan penurunan dalam persembahannya, dengan Fernandes masih lagi menjadi penjaring gol utama United dalam beberapa perlawanan awal liga.

Beliau jelas sekali antara pemain paling berprestasi setakat ini selepas mempamerkan kecemerlangan yang sungguh menakjubkan di atas padang.

Beliau turut berjaya mencatatkan hat-trick ketika aksi perlawanan pembukaan bertemu Leeds United dan turut menjadi nadi penting United dalam kesemua perlawanan dalam saingan Premier League setakat ini.

Walau beliau gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti, namun aksi dan persembahan beliau masih tidak boleh diragukan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN