Lima Pemain Penyerang Yang Boleh Liverpool Tandatangani Musim Panas Ini

Walaupun Liverpool dilihat sangat sendu mengharungi jendela perpindahan musim panas ini, namun pasukan lain dilihat sangat bergembira dalam memborong pemain.

Seteru utama The Reds, Manchester United sudah mengumumkan dua penandatanganan mega dengan menandatangani Jadon Sancho dan Raphael Varane.

Red Devils ketika ini dilihat sangat bersungguh dalam menghadapi musim baharu dan tidak keterlaluan untuk menganggap mereka bakal menjadi pencabar utama dalam merebut kejuaraan liga.

Hal ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada bekas Juara Premier League dua musim lepas, Liverpool untuk mendapatkan pemain baru sebelum jendela perpindahan ditutup.

The reds sepertinya memerlukan pemain di posisi serangan, terutama pemain yang bermain di bahagian sayap, untuk menjadi back-up kepada trio handalan dunia, Mane, Salah dan Firmino.

Pada masa sama, Liverpool juga akan memberi tumpuan kepada pemain England ekoran dari memenuhi “homegrown quota” yang telah ditetapkan oleh persatuan bola sepak Inggeris sejak bertahun-tahun sebelum ini.

Liverpool ketika ini masih mengikut peraturan yang ditetapkan dengan mereka hanya mempunyai 17 pemain asing dalam skuad sedia ada.

The reds baru-baru ini telah melepaskan pemain asing seperti Georginio Wijnaldum dan Marko Grujic, namun mereka memutuskan untuk mencari “homegrown player” sebagai pengganti.

Liverpool sememangnya perlu mendapatkan pemain tambahan di posisi serangan pada musim panas ini bagi memperkuat skuad sedia ada ketika ini.

Oleh yang demikian, berikut merupakan lima pemain serangan terbaik yang mungkin akan ditandatangani oleh Liverpool pada musim panas ini.

5) Dusan Vlahovic

Liverpool sebelum ini hangat dikaitkan dengan pemain kebangsaan Serbia, Dusan Vlahovic dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pemain berusia 21 tahun itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bersama Fiorentina pada musim lalu.

Aksi hebatnya telah menyebabkan beberapa pasukan gergasi Eropah mula merisik dan memantau perkembangan beliau pada ketika ini.

Vlahovic baru saja menjaringkan tujuh gol dalam tempoh 34 minit untuk Fiorentina

Pasukan seperti Juventus dan Tottenham Hotspur antara yang paling hangat dikaitkan dengan Dusan Vlahovic, dengan bintang muda itu dianggarkan bernilai £52 juta.

Vlahovic jelas sekali telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bersama Fiorentina pada musim lalu, dengan beliau berjaya menjaringkan 21 gol sepanjang musim dalam saingan Serie A.

Beliau turut terlibat dengan 44% dari gol yang berjaya dijaringkan oleh Fiorentina dalam saingan Serie A musim lalu, dengan beliau turut berjaya mencatatkan dua assists dari 37 penampilan.

Penyerang handalan Serbia itu tentunya akan menjadi penandatanganan yang paling berbaloi untuk Liverpool untuk jangka masa pendek mahupun panjang.

Walau bagaimanapun, Liverpool sepertinya akan berdepan dengan saingan yang sengit dalam pasaran pemain dan masalah berkait harga tentunya akan jadi penghalang.

4) Jarrod Bowen

Memandangkan FA England mengehadkan pengambilan pemain asing, Liverpool dilihat terdesak untuk menandatangani “homegrown player”.

Dalam situasi seperti ini, Jarrod Bowen akan menjadi calon terbaik untuk ditandatangani oleh Liverpool dan di bawa ke Anfield.

Aksi hebat yang beliau pamerkan ketika beraksi bersama West Ham pada musim lalu, membuktikan yang Bowen sebenarnya sangat sesuai dengan gaya permainan The Reds.

Menurut sumber laporan dari beberapa media utama, Bowen mungkin akan dijual dengan nilai £35 juta, dan The Reds sendiri turut menunjukkan minat mereka untuk menandatangani pemain West Ham itu.

Beliau pada musim lalu telah turun beraksi dalam 38 penampilan untuk West Ham, dengan Bowen berjaya menjaringkan 8 gol dan mencatatkan 5 assists sepanjang tempoh tersebut.

Pemain berusia 21 tahun itu baru sahaja 18 bulan melengkapkan perpindahannya menyertai West Ham, namun tidak mustahil untuk melihat beliau ke Anfield selepas ini.

3) Federico Chiesa

Liverpool dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan bintang Itali yang telah mempamerkan rentak persembahan yang sungguh mengagumkan dalam saingan Euro 2020 yang lalu.

Federico Chiesa ketika ini dianggap sebagai salah seorang pemain paling berprestasi dan beliau turut berjaya menarik minat banyak kelab gergasi Eropah.

Ketika di usia 23 tahun, telah mempamerkan aksi persembahan yang cukup matang dan menakjubkan bersama skuad kebangsaan Itali.

Pemain sayap itu pada awalnya bukan pemain utama untuk skuad Euro Itali, namun perlahan-lahan beliau berjaya untuk diserap masuk ke dalam kesebelasan utama selepas mempamerkan aksi yang menakjubkan sepanjang kejohanan.

Chiesa memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan atas persembahan mantapnya ketika bertemu Sepanyol di peringkat separuh akhir.

Yang mana beliau ketika itu membuka tirai jaringan untuk Itali pada minit ke-60 permainan, seterusnya membantu jentera serangan untuk berfungsi dengan sangat dominan.

Dari 43 penampilan dalam semua pertandingan musim ini, Federico Chiesa telah terlibat dengan 24 gol ( 14 gol, 10 assists) untuk Juventus.

Menurut sumber laporan dari Football Italia, kelab sebelum ini telah menolak tawaran €100 juta dari Liverpool untuk mendapatkan Federico Chiesa.

The reds dilaporkan masih berminat untuk mengejar pemain penyerang itu, namun Fabrizio Romano mendedahkan yang bintang sensasi Itali itu sukar untuk dilepaskan oleh pihak kelab.

Liverpool turut perlu berdepan dengan saingan dari Chelsea, Bayern Munich dan Manchester City dalam usaha mereka untuk menandatangani bintang berusia 23 tahun itu.

2) Ollie Watkins

Aston Villa telah menerima pujian yang menggunung atas persembahan mantap yang dipersembahkan oleh Ollie Watkins sepanjang musim lalu.

Watkins sendiri turut berhak untuk menerima pujian atas aksi dan persembahan yang beliau persembahkan sepanjang musim 2020/21 dalam saingan Premier League.

Dari 37 penampilan dalam saingan Premier League musim lalu, Watkins telah berjaya menjaringkan 14 gol dan turut mencatatkan 5 assists.

Pemain berusia 25 tahun itu turut berjaya meledak dua gol untuk Aston Villa dalam saingan Carabao Cup, dan mengakhiri musim lalu sebagai penjaring terbanyak kelab.

Sama seperti Bowen, Ollie Watkins boleh bantu Liverpool untuk seimbangkan skuad dengan pelbagai cara.

Pemain muda Inggeris itu boleh bantu Liverpool untuk tambah kuata “homegrown player” dan kehebatan serta kemampuan beliau tentunya akan bantu skuad kendalian Jurgen Klopp itu untuk bersaingan dalam perebutan kejuaraan liga.

Aston Villa membayar £33 juta untuk mendapatkan pemain penyerang itu pada musim sebelum ini, dan Liverpool berkemungkinan perlu membayar lebih dari £45 juta untuk memujuk Villa supaya melepaskan aset mereka itu.

1) Adama Traore

Adama Traore merupakan salah seorang pemain paling mengujakan dalam saingan Premier League sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau juga turut sering dikaitkan dengan bakal menyertai Liverpool memandangkan corak permainan beliau dilihat sesuai dengan sistem kendalian Jurgen Klopp.

Pemergian Nuno Espirito Santo selepas mengharungi empat musim yang menakjubkan bersama Wolverhampton Wanderers telah menyebabkan ramai staff belakang tirai yang mahu keluar.

Hal ini menyebabkan para pemain mula mencari peluang untuk beraksi bersama pasukan lain, dan salah seorang darinya adalah Adama Traore.

Pemain bertubuh sado tetapi mempunyai kelajuan menakjubkan itu telah membuktikan kemampuan beliau untuk menjaringkan gol.

Sejak beliau tiba di Molineux pada tahun 2018, Adama Traore dianggap antara pemain paling merbahaya dalam skuad Wolves dan tidak keterlaluan juga untuk mengatakan yang beliau antara pemain sayap terhebat dalam saingan Premier League.

Traore berjaya menjaringkan 5 gol dan turut mencatatkan 12 assists dari 54 penampilan dalam semua pertandingan pada musim 2019/20 (termasuk kelayakan Europa League musim lalu).

Beliau turut beraksi cemerlang sepanjang musim 2020/21 ini bersama skuad Wolves, namun mungkin kualiti penyudahnya tidak sama seperti musim sebelum-sebelum ini.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Adama Traore, dan telah meminta pihak kelab untuk mendapatkan produk akademi La Masia itu.

Liverpool berkemungkinan perlu menyediakan dana bernilai £30 juta untuk menandatangani Adama Traore dari Wolverhampton Wanderers.

Sumber: SK

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply