Lima Individu Yang Menolak Untuk Pilih Antara Lionel Messi Atau Cristiano Ronaldo

Lima individu yang menolak untuk pilih antara Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo siapa lebih hebat telah didedahkan, dengan kesemua mereka tidak mahu terlibat dengan perdebatan terhangat dalam dunia bola sepak itu.

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi tidak dinafikan lagi sememangnya dua pemain terhebat sepanjang zaman dalam dunia bola sepak.

Sepanjang hampir dua dekad karier mereka, kedua-dua mereka telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan di peringkat kelab dan negara.

Kedua-dua mereka juga tidak dinafikan lagi sememangnya mempunyai kualiti penyudah yang sungguh menakjubkan dengan duo tersebut terlibat dengan hampir 1000 gol (gol + assists) sepanjang karier masing-masing.

Mereka juga merupakan antara pemain yang memiliki setidak-tidaknya lima gelaran Ballon D’or dalam kabinet dan turut menjaringkan 100 gol dalam saingan Champions League.

Messi dan Ronaldo masih lagi mendominasi dunia bola sepak walau usia mereka kini sudah lebih dari 30 tahun.

Kebanyakan pemain dan pengurus dalam dunia bola sepak sudah menyatakan pilihan masing-masing berkait siapa lebih hebat antara kedua-dua pemain tersebut.

Walau bagaimanapun, sebenarnya masih ada beberapa pemain yang menolak untuk memilih siapa lebih hebat antara kedua-dua pemain terhebat sepanjang zaman itu.

Berikut merupakan senarai antara lima individu berpengaruh dalam dunia bola sepak, yang menolak untuk memilih siapa lebih hebat antara Messi dan Ronaldo.

5) Luis Enrique

Menjelang pertemuan bertemu Portugal tahun lalu, pengurus Sepanyol, Luis Enrique telah ditanya tentang siapa beliau rasa lebih hebat antara Messi dan Ronaldo.

Enrique yang pernah mengurus Messi ketika karier tiga tahun beliau di Nou Camp walau bagaimanapun memutuskan untuk tidak mahu menamakan pilihan beliau.

Sebaliknya, beliau menyatakan yang kedua-dua pemain berhak untuk dipuji atas aksi hebat serta persembahan mantap mereka walau sudah berusia lebih dari 30 tahun.

“Apa yang berbaloi untuk dipuji adalah fakta yang pemain seperti Cristiano dan Leo Messi semakin berusia namun masih kekal beraksi cemerlang dan mengekalkan tahap profesional, semangat, motivasi dan menjaringkan gol. Kedua-dua Cristiano dan Messi merupakan contoh terbaik.”

Jelas Enrique.

Baru-baru ini, Enrique membawa Sepanyol untuk mara ke peringkat separuh akhir saingan Euro 2020, dengan Cristiano Ronaldo muncul sebagai pemenang kasut emas dalam kejohanan tersebut.

Walau beliau berjaya memenangi kasut emas, namun beliau gagal untuk membantu skuad kebangsaannya mara lebih jauh, dengan mereka sekadar tersingkir di pusingan 16 terbaik.

4) Andre Gomes

Pemain midfield Portugal, Andre Gomes antara pemain yang bertuah kerana beliau pernah berkesempatan untuk beraksi dengan kedua-dua Messi dan Ronaldo.

Pemain berusia 28 tahun itu pernah beraksi bersama Messi ketika tiga tahun kariernya di Nou Camp pada tahun 2016 hingga 2018, dan beliau turut beraksi bersama Ronaldo di pentas bola sepak antarabangsa.

Ketika temu bual bersama siaran radio Catalunya, Radio Tot Costa empat tahun lalu, bintang Portugal itu telah diminta untuk memilih siapa lebih hebat antara Messi dan Ronaldo.

Gomes dengan santai ketika itu menjawab yang beliau sangat menghormati kedua-dua pemain tersebut dan tidak mahu memilih salah seorang dari mereka.

“Saya tak suka membandingkan mereka atas rasa hormat. Saya tidak akan pernah jawab. Saya orang Portugal, dan saya ada hubungan dengan Cristiano. Sama seperti apa saya rasa terhadap Messi, dia rakan sepasukan saya di Barcelona.”

Juara saingan La Liga musim 2017/18 itu hanya mampu menjaringkan tiga gol sahaja bersama Barcelona dari 80 penampilan beliau dalam semua pertandingan.

Beliau yang kini beraksi bersama Everton dalam saingan Premier League masih gagal untuk membuka akaun golnya, walau sudah membuat 29 penampilan.

3) Ronald Koeman

Pengurus Barcelona, Ronald Koeman hanya sempat mengurus Lionel Messi selama satu musim sahaja, sebelum bintang Argentina itu meninggalkan kelab dan menyertai Paris Saint Germain.

Ketika kariernya di Nou Camp, Koeman bersama anak-anak buahnya pernah menjadi mangsa Ronaldo dalam saingan Champions League musim lalu, dengan bintang Portugal itu meledak dua gol bertemu Barca.

Menjelang perlawanan Juventus bertemu Barcelona, Koeman telah ditanya tentang siapa beliau rasakan lebih hebat antara Messi dan Ronaldo.

Namun pengurus dari Belanda itu memilih untuk tidak mahu menjawab soalan tersebut, dan mengelak dari terlibat dengan perdebatan hangat itu.

Beliau sebaliknya memberikan pujian yang menggunung untuk kedua-dua pemain tersebut atas kehebatan, kemampuan dan turut menganggap mereka berdua sebagai pemain terhebat sejak sedekad lalu.

“Ia sangat menakjubkan untuk melihat dua pemain ini mendominasi dunia bola sepak dalam tempoh yang lama. Mereka merupakan pemain terhebat, pada pandangan saya, dalam tempoh 10 ke 15 tahun kebelakangan ini, mereka yang terbaik.”

“Melalui karier yang gemilang sepanjang karier mereka merupakan satu pencapaian yang menakjubkan. Kedua-dua mereka layak dipuji.”

Beliau turut menyatakan yang kedua-dua pemain itu sebenarnya sangat berbeza, namun tetap sama hebat.

“Mereka berbeza, tapi mereka ada statistik yang menakjubkan berkait rekod jaringan, hat-trick, Piala kejuaraan. Jadi tidak manis untuk katakan siapa lebih bagus kerana kedua-dua mereka sangat bagus.”

“Saya meminati kedua-dua pemain kerana mereka telah beri kita kesempatan untuk lihat gol yang indah dan rekod yang menakjubkan.”

Ketika perlawanan tersebut berlangsung, Ronaldo berjaya menjaringkan gol pertamanya bertemu Barca dalam saingan Champions League, sementara Messi gagal untuk menjaringkan gol.

2) Andrea Pirlo

Ketika beliau dipertanggungjawabkan untuk mengurus Juventus pada musim 2020/21, Andrea Pirlo sempat mengurus Cristiano Ronaldo.

Legenda bola sepak Itali itu juga turut pernah dua kali bertemu Lionel Messi dengan mereka kalah di halaman sendiri, dan bangkit untuk catat kemenangan di Nou Camp.

Menjelang pertemuan kedua mereka ketika itu, Pirlo turut diminta untuk memilih siapa lebih hebat antara Messi dan Ronaldo.

Beliau walau bagaimanapun memilih untuk mengikuti jawapan yang sama seperti Koeman dengan menyatakan:

“Koeman betul, ia tidak manis untuk memilih salah seorang atau kata siapa lebih hebat antara Messi dan Cristiano Ronaldo. Mereka berdua sungguh menakjubkan dan telah menghiburkan jutaan peminat dalam dunia bola sepak. Kita hanya perlu ucapkan terima kasih kepada mereka.”

Ketika karier suram beliau di Turin, Pirlo gagal membantu The Old Lady untuk memenangi gelaran liga, seterusnya mengakhiri rekod sembilan kejuaraan mereka secara berturut-turut.

Walau bagaimanapun, legenda kelab itu tetap berjaya membantu Bianconeri untuk memenangi gelaran Coppa Italia dan menjadikan Pirlo sebagai pengurus Juventus keempat yang memenangi Piala tersebut sebagai pemain dan pengurus.

Sementara Pirlo masih menganggur pada ketika ini, beliau sebenarnya berada dalam pemerhatian pimpinan Barcelona untuk dilantik sebagai pengurus kelab bagi menggantikan Ronald Koeman.

1) Paul Pogba

Pogba tidak dinafikan pada musim ini sedang berada di tahap persembahan terbaiknya, dengan bintang Perancis itu memulakan kempen Premier League dengan mencatatkan empat assists.

Beliau kemudiannya berjaya mencatatkan tiga lagi assists menjadikan rekodnya setakat lima perlawanan awal ini, beliau sudah mencatatkan tujuh assist.

Beliau ketika ini sedang beraksi bersama Cristiano Ronaldo yang telah ditandatangani semula oleh Manchester United pada musim panas baru-baru ini.

Ketika temu bual bersama MUTV pada awal tahun lalu, Pogba bercakap tentang masa depan bintang Portugal itu dan perbandingan antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

“Messi atau Ronaldo? Ia menarik tapi soalan yang sukar untuk dijawab bagi saya. Mereka merupakan dua pemain yang berbeza. Mereka merupakan dua pemain yang sangat menarik untuk disaksikan.”

“Ramai orang yang ada pandangan masing-masing, tapi bagi saya, dua-dua legenda.”

Jelas Pogba ketika ditanya oleh MUTV berkait perdebatan antara Messi dan Ronaldo.

https://twitter.com/HaCoRed/status/1389605767674744834?s=19

Pogba bersama Cristiano Ronaldo dijangka bakal memainkan peranan cukup penting dalam membantu United untuk memenangi Piala pertama mereka musim ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN