Lihat Ukiran Tatu Aneh & Buruk Bintang Bola Sepak, Ada Yang Seperti Kayap

Ramai bintang bola sepak dunia gemar menghiasai tubuh badan mereka dengan karya seni tatu.

Tatu sering kali diukir pada tubuh badan untuk membawa pengertian tersendiri. Ada yang membawa simbol agama, kepercayaan, dan juga keluarga.

Tidak kurang juga yang suka mengukir tatu di badan sebagai bahan hiasan semata-mata, tanpa ada pengertian khusus.

Namun pemain-pemain ini dianggap memiliki tatu yang aneh.

1. Joe Hart

Bekas penjaga gol skuad kebangsaan England ini mempunyai tatoo yang seperti tompel besar menutupi hampir keseluruhan lengan kanannya.

Joe Hart pernah menjelaskan tatoo tersebut sebagai perisai, atau ibarat senjata yang tersimpan dalam tubuhnya. Agaknya berapa upah buat tatoo serupa takde design seperti tompel/parut begitu? Macam kayap pun ada.

2. Dele Alli

Kebiasaan tatu juga membawa maksud keperwiraan. Itu bermakna kebanyakan tatu biasanya tampil garang.

Tapi Dele Alli pula memilih tatoo yang kelihatan comel. Tatoo pada tangan pemain kebangsaan England ini adalah tatoo dari watak Bamm Bamm dari karakter animasi The Flinstone.

3. David Beckham

Dari banyak-banyak tatu yang dimiliki oleh David Beckham, ada sebuah tatu aneh di kepalanya.

Tatoo tersebut berbentuk gambaran planet-planet yang ada di alam semesta ini. Adakah ia membawa makna ‘Galaticos’ di mana Beckham adalah antara deretan bintang Real Madrid suatu ketika dahulu?

4. Sergio Aguero

Pemain Manchester City ini menghiasi tangannya dengan tatu tulisan berbahasa Elvish – iaitu bahasa versi The Lord of The Rings.

Anehnya Aguero mengaku bukanlah penggemar filem tersebut. Jadi adakah beliau juga memahami apa yang tertulis di tangannya itu?

5. Nicolas Otamendi

Kebanyakan orang memilih membuat tatu yang membawa maksud penting.

Namun demikian, bekas pemain pertahanan Manchester City, Nicolas Otamendi ini memilih menghiasi belakangnya dengan watak-watak dari drama bersiri seperti Breaking Bad, Peaky Blinders dan Viking.

Penutup

Anda memiliki contoh tatu aneh lain oleh pemain bola sepak? Kongsikan dengan kami melalui platform yang kami sediakan. Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.

 

Baca artikel menarik lain daripada kami melalui pautan:

10 Fakta Bola Sepak Yang Pelik Tetapi Benar

Ketahui Tradisi Pelik Cukur Rambut Di Amerika Selatan Yang Melucukan

Rekod Penajaan Jersi Yang Paling Lama Di England

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN