Lihat Transisi Defence Ke Attack Yang Laju Dan Lincir Dari Leeds United

Di bawah kendalian Marcelo Bielsa, transisi defence (bertahan) ke attack (serangan) yang dilakukan oleh Leeds United menjadi perhatian di EFL Championship. Ianya sangat laju, lincir, cantik dan menghiburkan walaupun ditonton oleh peminat bola sepak neutral.

Setiap transisi defence ke attack yang dibuat oleh Leeds United mempunyai lima pemain yang akan menyerang lima zon: sayap kanan, half space kanan, tengah, half space kiri dan sayap kiri.

Marcelo Bielsa ketika ini berjaya memimpin pasukannya mendahului liga selepas 37 perlawanan, satu mata di hadapan West Brom yang berada di tangga kedua.

Pada musim lepas Bielsa hampir-hampir berjaya mengemudi Leeds United untuk dipromosi ke Premier League selepas menduduki tangga ketiga liga. Tetapi malangnya, Leeds tewas 3-4 kepada Derby County dalam play-off promosi.

Tetapi pada musim ini Bielsa dan Leeds United nampak berada di landasan tepat untuk dipromosi ke Premier League dengan identiti ‘Bielsa Ball’ mereka.

Sebelum musim EFL Championship ditunda sementara untuk memberi laluan kepada usaha pembendungan wabak COVID-19 di United Kingdom, Leeds menang lima perlawanan berturut-turut.

Ini adalah susulan penurunan prestasi yang anak buah Bielsa tunjukkan sepanjang musim Krismas dan Tahun Baru.

Bermula dari 14 Disember 2019 hingga 12 Februari 2020, Leeds hanya menang dua daripada 12 perlawanan.

Tetapi satu aspek yang kekal disebalik prestasi mereka adalah identiti Bielsa Ball. Lihatlah koleksi gol-gol ‘Bielsa Ball’ yang berjaya dijaringkan oleh mereka.

Yang paling mengagumkan peminat adalah kebolehan Marcelo Bielsa membentu pasukan yang kohesif untuk bermain bola sepak menyerang yang dimahukannya dengan bajet yang kecil.

Pada permulaan musim 2019/2020, Leeds kehilangan beberapa pemain utama mereka seperti Jack Clarke (£11 juta ke Tottenham Hotspur), Kemar Roofe (£7 juta ke Anderlecht) dan Pontus Jansson (£5.5 jua ke Brentford).

Untuk menggantikan tiga pemain utama ini, Bielsa hanya membawa masuk pemain pinjaman untuk menggantikan mereka seperti Helder Costa (Wolves), Ben White (Brighton & Hove Albions) dan Jack Harrison (Manchester City).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Leeds United:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram