Lihat Lionel Messi, Xavi & Iniesta Lakukan ‘Tiki Taka’ Dengan Sempurna

Kerjasama Semuanya BOLA

Tiki Taka

‘Tiki Taka’ adalah taktikal yang begitu sinonim untuk dikaitkan dengan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona. Corak permainan hantaran pendek yang begitu tepat mencari rakan sepasukan membuatkan peminat terhibur dengan aksi ditampilkan.

Mungkin ramai yang beranggapan bekas pengendali Barcelona, Pep Guardiola adalah pelopor kepada terciptanya taktikal ini tapi sebenarnya tiki taka sudah lama bertapak di Nou Camp. Lebih tepat ketika Pep bergelar pemain The Blaugrana.

Semuanya bermula setelah mendiang Johan Cruyff membimbing Barcelona pada musim 1988/89 dan telah memperkenalkan corak permainan baharu.

Beliau menerapkan transisi pergerakan dari belakang ke hadapan dengan gabungan hantaran pendek tetapi pantas, bergantung kepada sentuhan pertama yang berkualiti, pemikiran cerdas, pergerakan pantas dan hantaran tepat yang tajam.

Langkah yang diambil Cruyff itu membuahkan hasil apabila Barcelona berjaya muncul juara La Liga bagi empat musim berturut-turut dan turut memenangi satu gelaran Liga Juara-Juara Eropah 1991/92.

Corak permainan menarik itu diteruskan oleh Pep Guardiola apabila beliau mula menjawat jawatan pengurus kelab tersebut pada musim 2008/09 dan telah meletakkan tiki taka di satu tahap baharu dengan Xavi dan Andres Iniesta menjadi nadi di jentera tengah.

Dengan kualiti berkelas dunia dimiliki kedua-dua teman baik itu, disertakan pula dengan bakat semulajadi Lionel Messi menjadikan tiki taka sebagai antara taktikal yang mencuri tumpuan dunia pada ketika itu.

Anda boleh saksikan bagaimana gandingan Lionel Messi, Xavi dan Iniesta melakukan tiki taka yang sempurna di atas padang pada video di bawah:

Ketika tiki taka begitu popular, Pep Guardiola berjaya melakar beberapa kejayaan manis bersama Barcelona apabila membawa kelab tersebut muncul juara La Liga bagi tiga musim berturut-turut.

Selain itu, dua trofi Liga Juara-Juara Eropah juga menjadi milik The Blaugrana selepas berjaya menumpaskan Manchester United pada aksi final edisi 2008/09 dan 2010/11.

Xavi dan Iniesta meneruskan rentak cemerlang itu di pentas antarabangsa apabila taktikal tiki taka menjadi sandaran buat Sepanyol ketika menjulang Kejuaraan Eropah 2008 dan 2012 serta Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Kredit foto: Dave Winter / Icon Sport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply