Lihat Etika Berpakaian Pengurus Premier League: Suit, Tracksuit Atau Jeans?

Semalam legenda bola sepak negara menegur segelintir jurulatih Liga Malaysia yang beliau anggap selekeh ketika mengemudi anak buah masing-masing dalam perlawanan pada musim ini.

“Sebagai liga profesional, saya dukacita dengan penampilan beberapa jurulatih terutama ketika aksi Selangor dan Kedah sebelum ini. Sebagai jurulatih di padang, tidak berapa baik dari segi pakaian yang mana memakai jeans,” ujar beliau seperti dipetik dari Berita Harian.

“Adakah FAM dan MFL membenarkan jurulatih memakai jeans? Pakai kemeja baju di luar, saya ada bercakap dengan kawan-kawan adakah ini liga profesional atau liga kampung?

“Saya rasa tak selera tengok jurulatih yang berseluar jeans. Pakai jeans pula yang lusuh, sepatutnya FAM dan MFL kena tengok benda ini,” tambah beliau lagi.

Teguran daripada Khalid Ali ada betulnya. Jurulatih ibarat cikgu. Jika yang mengajarnya pun tidak menunjukkan etika profesionalisme yang betul, bagaimana anak muridnya boleh menjadikan cikgu sebagai contoh.

Bagaimana pula di luar negara? Berikut adalah antara gaya pemakaian beberapa pengurus ternama dari Premier League.

Pep Guardiola

Kelab: Manchester City
Warganegara: Spanish
Umur: 49
Penaja kelab: Puma

Pep Guardiola dianggap pengurus dan jurulatih yang pandai bergaya di Premier League. Sejak ketika bersama Barcelona sehingga ke Bayern Munich dan kini bersama Manchester City, Guardiola pernah menggayakan pelbagai jenis pakaian. Dari suit kemas sehingga kepada T-shirt, tracksuit sehingga kepada jeans, atau mana-mana kombinasi yang beliau fikirkan sesuai.

Adakalanya Guardiola tampil kasual dengan t-shirt berlengan pendek dan seluar sukan, tetapi ini tidak bermakna beliau mengabaikan penampilan selaku pengurus dan jurulatih untuk menjaga imej pasukan.

Semuanya bergantung kepada situasi. Guardiola tampil lebih santai ketika kejohanan luar ketika pra musim, lebih formal ketika perlawanan akhir, dan serius dalam perlawanan-perlawnaan akhir.

Pada musim lalu sehelai cardigan yang dipakainya telah dijual untuk tujuan kebajikan. Setiap pakaian yang dipakai oleh Guardiola sebelum penampilan di tepi padang hari perlawanan mempunyai tujuan-tujuan tertentu.

Jose Mourinho

Kelab: Tottenham
Warganegara: Portuguese
Umur: 57
Penaja kelab: Nike

Sejak mewarnai saingan Premier League, kali pertama bersama Chelsea pada 2004, Jose Mourinho sememangnya dikenali sebagai seorang pengurus yang suka tampil kemas.

Begitu juga apabila Mourinho mengendalikan Tottenham pada musim ini.

Beliau gemar memakai suit lengkap ketika di kawasan teknikal padang. Adakalanya tampil bertali leher. Dan ketika perlawanan semakin panas, tali leher pun tidak kelihatan lagi.

Adakalanya beliau tampil lebih kasual dengan berpakaian sukan yang dsediakan oleh penaja kelab.

Ole Gunnar Solksjaer

Kelab: Manchester United
Warganegara: Norwegian
Umur: 47
Penaja kelab: Adidas

Ole Gunnar Solskjaer mulai melalui kehidupan sebagai pengurus Manchester United pada pertengahan musim 2018/19 sebelum diberikan jawatan itu secara tetap beberapa bulan kemudian.

Ketika masih bergelar pemain, Solksjaer dianggap sebagai salah seorang anak murid yang setia dengan Sir Alex Ferguson. Maka tidak hairanlah mengapa setiap kali beliau memakai suit di kawasan teknikal, ia menyerupai gaya Sir Alex.

Adakalanya beliau memakai jaket Adidas – penaja kelab. Namun jika bertali leher, kedua-duanya memilih untuk menggunakan tali leher berwarna merah. Tidak sukar untuk menjelaskan itu. Merah adalah warna koporat Manchester United. Kedua-duanya juga cukup menyedari tradisi yang dimiliki kelab dan menghormatinya sepenuh hati.

Jurgen Klopp

Kelab: Liverpool
Warganegara: German
Usia: 53
Penaja kelab: Nike

Jika anda adalah seorang pengurus yang agresif dan akan berlari separuh padang seperti orang gila sebelum menggelungsur untuk meraikan jaringan, maka berpakaian suit lengkap sangat tidak sesuai untuk anda.

Sejak mengendalikan Liverpool, Klopp dikenali sebagai seorang pengurus yang gemar memakai jacket dan tracksuit. Turut tidak ketinggalan adalah baseball cap yang selalu dipakainya.

Kesungguhan/passion yang ditampilkan oleh Klopp menjadikan beliau sebagau pengurus yang amat disayangi penyokong The Reds.

Adakalanya beliau turut tampil dengan suit lengkap, namun ia jarang sekali.

Marcelo Bielsa

Kelab: Leeds United
Warganegara: Argentina
Usia: 65
Penaja kelab: Adidas

Seperti yang kita ketahui, Marcelo Bielsa adalah salah seorang pengurus dan jurulatih yang obses dengan taktikal. Selain daripada menjalani latihan bersama barisan pemainnya, kebanyakkan masa terluang akan digunakan oleh Bielsa melakukan analisis perlawanan.

Mungkin disebabkan itulah anda boleh memafkan Bielsa sekiranya lupa untuk mengikat tali kasut sekali pun. Kesibukkan Bielsa menyebabkan beliau turut tidak pernah berfikir mengenai fesyen.

Beliau akan menggunakan apa sahaja pakaian yang diberikan oleh kelab atau penaja asalkan sesuai pada hari perlawanan.

Mikel Arteta

Kelab: Arsenal
Warganegara: Sepanyol
Umur: 38
Penaja pasukan: Adidas

Usianya juga masih muda, dan belum pun mencecah 40 tahun. Maka tidak hairanlah Mikel Arteta gemar tampil kasual dan kemas. Arteta gemarkan pakaian yang menampilkan ciri-ciri klasik dan class.

Mikel Arteta
(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Anda boleh katakan beliau mempunyai persamaan dengan Guardiola, pengurus di mana beliau telah berguru brtahun lamanya sebelum menerima tawaran Arsenl

Thomas Tuchel

Kelab: Chelsea
Warganegara: Jerman
Umur: 47
Penaja pasukan: Adidas

Tahukah anda selain daripada bergelar pengurus Chelsea, Thomas Tuchel juga adalah seorang model? Berusia 47 tahun pengurus kelahiran Jerman ini pernah memperagakan pakaian sebagai model untuk ZEITmagazin MANN.

Namun setiap kali tampil sebagai pengurus Chelsea, Tuchel akan melupakan kerja part-time tersebut dan hanya akan tampil serba biru berjaket Nike yang disediakan oleh penaja kelab, Nike.

Penutup

Agaknya legenda bola sepak negara, Khalid Ali akan melatah tak jika Thomas Tuchel melatih pasukan Liga Malaysia dan tampil dengan pakaian beliau sebagai model di kawasan teknikal padang? Sudah tentu beliau akan marah dan melatah. Ini kerana ia tidak sepatutnya berlaku.

Jika kita perhatikan jurulatih dan pengurus di atas, ada di antara mereka juga mempunyai citarasa yang sangat bagus di dalam dunia fesyen. Tetapi tidak semestinya ia perlu dibawa masuk ke padang ketika mengendalikan pasukan masing-masing.

Berdasarkan perkongsian di atas, kita boleh rumuskan betapa profesionalnya pengurus dan jurulatih di Premier League. Mereka akan mengutamakan kelab, memakai pakaian yang disediakan penaja ketika perlawanan.

Atau jika tidak, mereka akan tetap berpakaian kemas walaupun kasual. Satu perkara yang pasti, mereka tidak akan membelakangkan kelab, peraturan dan etika mereka sebagai seorang profesional.

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply