Liga Super: Voli Syahmi Safari Lengkapkan Kebangkitan Selangor Atasi Melaka

Syahmi Safari Selangor Melaka Liga Super

Selangor membuktikan keunggalannya dengan bangkit dari ketinggalan dua kali untuk meraih kemenangan 3-2 ke atas Melaka United dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Ahad.

Gol pada minit-minit akhir oleh pemain gantian Syahmi Safari menerusi rembatan voli memberikan tiga mata penuh buat skuad kendalian Karsten Neitzel itu.

Jurulatih kedua-dua pasukan masing-masing mempertaruhkan kesebelasan utama yang sama seperti yang diturunkan ketika meraih kemenangan pada perlawanan sebelum ini.

30 minit pertama perlawanan, pasukan tuan rumah jelas beraksi lebih baik dengan menguasai perlawanan dan memperoleh beberapa peluang untuk mendapatkan gol pendahuluan.

Ketika permainan menuju waktu rehat, kesilapan Jordan Ayimbila merempuh S. Kumaahran dari belakang memberikan Melaka United sepakan penalti dan disempurnakan sebaiknya oleh penyerang import Stefan Nikolic.

Hanya enam minit selepas babak kedua bermula, Selangor menyamakan kedudukan menerusi Ifedayo yang memanfaatkan kesilapan Khairul Fahmi yang membuat tepisan lemah hantaran lintang Brendan Gan.

Pujian harus diberikan kepada Khairul Azhan dan berisan pertahanan Selangor yang cemerlang menafikan percubaan bertali arus Melaka.

Namun Selangor sekali lagi dikecewakan dengan tandukan yang dilakukan oleh Syamim Yahya menuju tepat ke penjuru gawang hasil hantaran dari sepakan penjuru Kumaahran pada minit ke-58.

Enggan terlalu awal menyerah, Selangor bangkit menerusi hantaran lintang berkualiti dari pemain gantian Mukhairi Ajmal menuju tepat ke kepala Ifedayo untuk disempurnakan oleh penjaring gol terbanyak Selangor itu bagi mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-70.

Usaha bersungguh-sungguh Selangor untuk memburu gol kemenangan akhirnya terhasil dari rembatan voli Syahmi Safari pada penghujung perlawanan untuk melengkapkan kebangkitan Selangor.

Melaka United yang cuba mencari gol penyamaan di hujung perlawanan tidak membuahkan hasil sehinggalah pengadil perlawanan Hamdan Awang meniupkan wisel penamat.

Dengan memperoleh tiga mata di tempat lawan, Selangor memintas Kuala Lumpur City untuk naik ke tangga kelima liga dengan mengumpul 14 mata selepas sembilan perlawanan.

Melaka United pula kekal menduduki tangga ketiga tercorot dengan tujuh mata dan memberi tekanan buat ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan yang mengharapkan keputusan positif di gelanggan sendiri.

Kredit Foto: MFL

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Liga Super: Terikat Dengan PJ City, Penang FC Sekali Lagi Lepas Peluang Daki Carta Liga

Sabah Selesa Benam UiTM FC, Kurniawan Nyatakan Sebab Mereka Kian Lega

Yee Fatt Sebolehnya Mahukan Mata Penuh, Mujur Tak Tercicir Terus

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN