Liga Super: ‘Senjata’ Casagrande Berjaya Tundukkan Sabah

Casagrande gol Penang FC Sabah Liga Super 2021 A

Penang FC kembali dengan rentak kemenangan apabila bisa tandukan Casagrande membantu mereka menang 3-0 ke atas Sabah FC dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.

Penang FC yang kembali diperkuatkan dengan kehadiran semula ‘The Brazilian Trio‘ dilihat penuh semangat menguasai perlawanan dengan mencipta beberapa asakan ke kubu tuan rumah. Namun, sentuhan akhir yang dicari gagal disudahkan dengan baik.

Berbanding Sabah, Penang FC tampil bermain dengan lebih baik terutamanya ketika membina asakan daripada bawah. Sabah cuba juga mengasak dalam beberapa situasi, tetapi kerap kali mereka diperangkap dalam kedudukan offside oleh lawan.

Aksi seimbang dalam setengah jam pertama dengan kedua-dua pasukan saling cuba membina asakan. Penang FC dikecewakan dengan kombinasi tidak kemas di jentera serangan, sementara Sabah pula dikecewakan dengan perangkap offside lawan.

Peluang terhampir The Rhinos untuk membuka jaringan hadir di minit ke-30 menerusi tandukan lambung Amri Yahyah, namun dinafikan oleh palang gol. Ia merupakan tandukan susulan selepas tandukan Josip Ivancic ditepis oleh Sam Somerville.

Lapan minit kemudian, Casagrande akhirnya berjaya memberikan Penang FC jaringan pendahuluan menerusi gol tandukkannya menewaskan penjaga gol, Rozaimie Rohim selepas menerima hantaran lambung yang kemas oleh Khairu Azrin di sebelah kanan.

Namun, Sabah dilihat cuba bangkit dalam baki aksi babak pertama dan Amri Yahyah dilihat berpeluang meledak jaringan penyamaan, namun tandukannya tersasar daripada gol yang dikawal Sam Somerville di penghujung aksi babak pertama.

Sebagaimana skuad Harimau Kumbang yang kerap kali mencari sepakan percuma berdekatan dengan kawasan petak penalti lawan, Sabah juga dilihat tampil dengan pendekatan yang sama di permulaan babak kedua – memburu sepakan percuma.

Ini yang mengganggu rentak perlawanan yang kerap kali terhenti dengan kedua-dua pasukan lebih fokus untuk mencari sepakan percuma berbanding mengatur asakan.

Minit ke-53, hantaran lambung daripada benteng oleh Latiff Suhaimi berjaya menemui Sheriddin Boboev yang membuat larian membelah benteng tuan rumah. Walaupun hanya berdepan seorang pemain pertahanan, beliau mensia-siakan peluang itu.

Seminit kemudian, Casagrande membuktikan yang beliau sentiasa pakar dalam situasi tandukan. Bermula daripada sepakan penjuru yang diambil Endrick do Santos berjaya disudahkannya dengan satu tandukan padu menewaskan Rozaimie Rohim.

Sabah terus tenggelam apabila giliran Sheriddin Boboev pula meledak jaringan gol selepas menerima hantaran kapten, Endrick seterusnya melepasi kawalan tiga pemain pertahanan The Rhinos sebelum membuat rembatan leret menerjah gol di minit ke-67.

Tuan rumah hadir ke gawang gol lawan empat minit kemudian, namun percubaan penyerang, Josip Ivancic melewati palang gol. Mereka beberapa kali cuba mengatur asakan selepas itu, namun Harimau Kumbang dilihat sudah semakin kukuh bertahan.

Minit ke-81, Sam Somerville tampil menafikan rembatan deras Amri Yahyah di depan gawang pelawat untuk Sabah terus kecewa memburu jaringan pertama mereka.

Di penghujung perlawanan, tiga percubaan berturut-turut mereka masih gagal untuk membolosi gawang dan akhirnya selepas empat perlawanan dirundung kecewa, Sam Somerville kembali melakar ‘cleansheet’ – kali terakhir ketika berdepan UiTM FC.

Kemenangan ini membantu Penang FC kembali ke kedudukan ke-3 liga dengan 34 mata, dua mata di depan Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC. Kedah berpeluang memintas Penang FC jika mereka menang ke atas PJ City pada Rabu depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN