Liga Super Mungkin Jadi Destinasi Seterusnya Buat Skuad Projek FAM-MSN

Skuad Projek FAM-MSN

Walaupun mengalami rekod yang cukup buruk dalam saingan liga, tetapi status Skuad Projek FAM-MSN tidak akan semudahnya dibubarkan.

Itulah yang disebut oleh Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee mengenai skuad projek yang cuma mengutip satu mata sahaja selepas sembilan perlawanan.

Beliau menolak idea membubarkan pasukan ini selepas semusim ditubuhkan, tetapi merancang untuk memberikan cabaran lebih tinggi buat mereka selepas ini.

Salah satunya adalah dengan meletakkan mereka di Liga Super.

“Projek ini tidak akan dibubarkan tetapi akan dikaji semula hala tujunya. Mungkin beraksi di Liga Super selepas ini,” kata Kim Swee menerusi Berita Harian.

Pada hemat Kim Swee, perbuatan membubarkan skuad projek ini selepas semusim adalah tindakan sia-sia kerana ianya memakan pelaburan jutaan ringgit.

Rentetan kekalahan demi kekalahan yang ditimpa skuad remaja ini, Kim Swee meminta masa dan kesabaran dari semua pihak sebelum hasil sebenarnya boleh dilihat.

Jelas sekali, tujuan skuad itu ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pemain muda dalam situasi saingan liga yang sebenar.

Ianya jelas sekali berbeza dengan skuad-skuad lain dalam Liga Premier yang bertujuan mencari tempat ke Liga Super 2022 seperti yang dilakukan oleh pasukan seperti Negeri Sembilan, Kelantan dan PDRM.

Satu-satunya mata yang diperoleh Skuad Projek FAM-MSN ini adalah ketika menentang Kuching City.

Baca juga artikel kami mengenai Liga Malaysia:

Syahmi Safari: Jangan Ingat Pemain Simpanan Tak Penting

Siapa Paling Layak Digelar Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-ASIANA.MY (Mac 2021)

Zaquan Adha Masih Berbiso!

One Comment

  • Setuju. Team remaja ni main liga perdana utk dapat pendedahan dan pengalaman.

    Kita tak boleh expect team tak pernah main kat pentas profesional tiba tiba boleh kalahkan team lain yg ada pemain senior dan dah memang main kat liga super/perdana dari dulu.

    Rooting for this team and this plan. Konsep dia macam harimau muda main kat liga super dulu. Team singapore pun pernah main kat liga super, jadi takde salah utk team remaja ni timba ilmu kat liga profesional 👍🏼

Leave a Reply