Liga Super: Harimau Kumbang Dilanyak Harimau Selatan Di Kandang Sendiri

JDT Penang Liga Super

Hasrat Penang untuk mengejutkan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak kesampaian apabila dibelasah 3-0 oleh juara bertahan tersebut dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut buat skuad kendalian Thomas Trucha itu yang tewas 3-1 kepada Kuala Lumpur City tempoh hari.

JDT jelas pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini apabila selesa mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Safawi Rasid dan Bergson da Silva sebelum Mohamadou Sumareh mengesahkan kemanangan pasukannya di gelanggang lawan.

JDT turun tanpa dua tonggak utama Leandro Velazquez dan Mathew Davies yang digantung kerana mengutip tiga kad kuning sebelum ini. Ia memberi peluang kepada Safiq Rahim dan S. Kunanlan untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Safawi membuka jaringan seawal minit ke-14 apabila bijak menyambut hantaran berkualiti Safiq Rahim selepas membuat larian dari belakang Azmi Muslim dan melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Bryan See. Ia merupakan gol kedua peribadinya pada musim ini.

Tersentak dengan gol pertama pasukan pelawat, Penang tidak mahu mengalah dengan berusaha mendapatkan jaringan penyamaan, namun petahanan JDT berdisiplin dalam memastikan gawang mereka tidak dibocori.

Dua minit sebelum rehat, Bryan See tewas buat kali kedua apabila Bergson dan Silva yang menerima hantaran S. Kunanlan membuat pusingan sebelum melepaskan rembatan kaki kiri untuk meletakkan pasukannya mendahului 2-0.

Penang bertambah tertekan apabila JDT terus melebarkan kelebihan dengan gol ketiga pada minit ke-51 menerusi Mohamadou Sumareh yang masuk pada awal separuh masa kedua menggantikan Arif Aiman.

Gol terhasil bermula dengan percubaan kencang Bergson dari luar kotak penalti yang ditepis oleh Bryan See, tetapi gagal untuk menidakkan sepakan susulan pemain sayap lincah itu.

Penang hampir menjaringkan gol pada minit ke-72, namun percubaan pemain import Sheriddin Boboev terkena tiang dan rembatan susulan Quentin Cheng pula berjaya diselamatkan Farizal Marlias.

Keadaan menjadi sedikit kecoh apabila pengadil membatalkan gol tandukan Casagrande dari sepakan penjuru dan semakan menerusi ulang tayang menyaksikan berlaku kekasaran oleh Sheriddin yang menghalang Farizal Marlias.

Bantahan penyerang import tinggil lampai itu menyebabkan beliau dilayangkan kad kuning. Beliau kemudian dilayangkan kad kuning kedua pada penghujung perlawanan mungkin disebabkan kata-katanya terhadap pengadil perlawanan Mohd Hasrol Mohd Amir.

Ia disusuli dengan kad merah kepada Thomas Trucha yang diarahkan untuk meninggalkan kawasan bangku simpanan.

Aksi bertambah hangat pada masa kecederaan apabila deretan kad kuning terus dilayangkan dan berlaku dentuman bunyi mercun di tempat duduk penyokong.

Kedudukan kekal 3-0 sehingga tamat perlawanan dan JDT membawa pulang tiga mata untuk terus kekal menerajui takhta Liga Super sebelum aksi berehat selama dua bulan untuk memberi laluan kepada kem latihan pusat skuad kebangsaan dan perlawanan antarabangsa.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Shahrul Saad, De Paula Sekadar Ke JDT II?

Manuel Hidalgo: Sanggup Tinggalkan Eropah Kerana Maradona, Kini ‘Hero Segera’ Sri Pahang

Retak Menanti Belah, Bagaimana Aksi Perak FC Sebelum Liga Berehat?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN