Liga Super: Aksi Di ‘Bendang’ Beri Kelebihan Kepada Kedah Atasi Sabah

Kedah Sabah Liga Super

Kedah berhasil mengutip tiga mata penuh di Stadium Likas selepas mengatasi Sabah dengan kemenangan tipis 1-0 dalam aksi Liga Super yang turut menyaksikan perlawanan ditangguhkan selama sejam disebabkan cuaca buruk.

Aksi separuh masa pertama yang berlangsung dalam suasana hujan lebat menyaksikan pasukan tuan rumah lebih banyak mengasak kubu lawan dengan beberapa percubaan, namun dikecewakan dengan ketumpulan jentera serangannya.

Kedah juga berpeluang menghasil gol pada minit ke-23 apabila penjaga gol tuan rumah Robson Rendy membuat kesilapan, namun Kpah Sherman gagal memanfaatkan peluang terhidang apabila percubaannya ke arah gol berjaya dihalang pemain pertahanan.

Pada awal babak kedua, keadaan hujan lebat yang tidak berhenti menyebabkan Stadium Likas seolah-olah bertukar menjadi bendang dan menyukarkan kedua-dua pasukan untuk beraksi di atas permukaan padang yang bertakung.

Ia menjurus kepada perbincangan pengadil bersama pegawai perlawanan untuk menangguhkan perlawanan buat sementara waktu dan mengadil meniupkan wisel pada minit ke-57 untuk menghentikan perlawanan.

Perlawanan kembali bersambung selepas satu jam walaupun hujan masih belum berhenti sepenuhnya. Kedua-dua pasukan jelas bergelut untuk beraksi dalam keadaan air bertakung.

Namun Kedah akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-79 apabila Kpah Sherman bijak mengambil peluang melepasi perangkap ofsaid untuk menerima lorongan Rabih Ataya dan tenang melepaskan rembatan menewaskan Robson Rendy.

Kedah terus cekal mempertahankan satu gol yang dimiliki sehingga tamat perlawanan dan membawa pulang tiga mata ke Alor Setar untuk meletakkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu naik ke tangga kedua Liga Super.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Liga Super: Harimau Kumbang Dilanyak Harimau Selatan Di Kandang Sendiri

Shahrul Saad, De Paula Sekadar Ke JDT II?

Manuel Hidalgo: Sanggup Tinggalkan Eropah Kerana Maradona, Kini ‘Hero Segera’ Sri Pahang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN