Liga Super 2021 Raih 21 Juta Tontonan Setakat 13 Pusingan Dijalankan

Liga Super 2021

Ini satu angka yang cukup hebat!

Saingan bagi Liga Super 2021 (MSL2021) telah mencatatkan rekod tontonan siaran langsung yang cukup tinggi walaupun baru memasuki 13 pusingan.

Menurut rekod yang dikeluarkan oleh pihak Malaysian Football League (MFL), sebanyak 21,814,979 tontonan bagi aksi saingan liga tertinggi negara menerusi tiga platform.

Tiga platform yang dimaksudkan adalah Sports Channel di unifi TV dan unifi Play, TV1 dan saluran YouTube unifi.

Untuk rekod, aksi kekalahan Johor Darul Ta’zim di tangan Terengganu adalah tontonan tertinggi iaitu sebanyak 698,341.

Sementara aksi minggu 11 adalah minggu tontonan tertinggi iaitu sebanyak 2,307,698.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, statistik ini memberikan isyarat yang bola sepak merupakan aksi sukan utama di negara kita.

Malah ianya juga memberikan manfaat kepada penaja yang menaja Liga Super untuk memasarkan lagi jenama mereka dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

“Itulah angkanya iaitu 21,814,979 jumlah tontonan siaran langsung keseluruhan setakat ini di mana ia melibatkan 78 perlawanan yang menyaksikan jumlah jaringan terhasil sebanyak 202 gol.”

“Statistik ini menunjukkan Liga Malaysia terutama Liga Super merupakan produk yang terbaik kepada rakan-rakan penaja kami untuk komersialkan produk mereka.”

Dalam masa yang sama, Ghani turut mengatakan yang aksi Liga Super 2021 turut telah mencatatkan tontonan sebanyak 49,838,140 sehingga 30 Mei di laman YouTube unifi.

Jumlah tersebut termasuklah tontonan semasa siaran langsung dan juga ulangan.

Baca juga artikel kami terkini yang lain:

Jersi Hijau Bakal Diharamkan Di Serie A, Tetapi Kenapa?

Risau Jadi Mangsa Perkauman, Hudson-Odoi Mahu Tinggalkan England Demi Ghana

Kisah Kurniawan Dwi Yulianto Yang Pernah Bergandingan Dengan Mancini & Platt

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN