Liga Super 2021: Ledakkan Lewat Permainan Kpah Sherman Bantu Kedah Ikat Penang FC

Kpah Sherman Kedah Penang 2021

Jaringan lewat perlawanan penyerang, Kpah Sherman menyelamatkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) apabila telah mengikat Penang FC 1-1, sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya itu bermula dengan gol awal oleh tuan rumah menerusi jaringan kapten, Endrick dos Santos sebelum Kpah Sherman akhirnya berjaya meledak gol penyamaan empat minit menuju penamat.

Hujan lebat yang turun pada sebelah petang di Pulau Pinang jelas telah menyebabkan padang sedikit becak di sesetengah kawasan. Kedah dilihat kurang bersedia dengan situasi tersebut dan tampak bergelut sepanjang babak pertama berlangsung.

Penang FC yang turun dengan dua perubahan di sebelah sayap dengan kemasukkan semula Sheriddin Boboev dan Al-Hafiz Harun tampil lebih garang mengasak ke kubu pelawat yang diketuai oleh Rodney Calvin dan Amirul Hisyam di bek tengah.

Kelibat Renan Alves yang hadir bersama skuad Hijau Kuning ke Bandaraya hanyalah sekadar menyertai pasukan apabila beliau tidak tersenarai dalam skuad.

Paling menyerlah di babak pertama tentunya Al-Hafiz Harun di sebelah kanan, namun sedikit direncatkan dengan kawasan becak. Kedah seharusnya berterima kasih kepada keadaan padang yang banyak menyelamatkan situasi bertahan mereka.

Minit ke-10, hantaran lintang Al-Hafiz Harun ke dalam kotak penalti berjaya ditanduk oleh penyerang, Casagrande namun diselamatkan penjaga gol, Shahril Sa’ari.

Seminit kemudian, Harimau Kumbang kembali menerkam dan berhasil meledak gol pembukaan perlawanan menerusi percubaan Endrick dos Santos. Bermula dengan hantaran jauh bek kanan, Quentin Cheng kepada Casagrande dan percubaaan penyerang itu ditepis penjaga gol, namun telah disudahkan oleh kapten mereka.

Tersentak dengan gol awal tuan rumah, Kedah cuba bangkit dengan beberapa asakan, namun barisan benteng yang diketuai Rafael Vitor dan Ryuji Utomo kental bertahan. Penguasaan Kedah jelas dengan deretan peluang yang dicipta mereka.

Antaranya pada minit ke-27, rembatan Kipre Tchetche telah dihadang benteng sehingga tersasar. Beliau hanya berdepan dengan dua benteng pertahanan di saat Kedah berhasil membuat fast counter attack ke kubu Harimau Kumbang.

Pertukaran pemain yang dibuat oleh Aidil Sharin Sahak berjaya mengubah nasib skuad kendaliannya. Bermula dengan kemasukkan Rozaimi Abdul Rahman di minit ke-46, seterusnya Fayadh Zulkifli, Fadzrul Danel dan Azamuddin Akil telah mengubah rentak serangan Kedah secara keseluruhan yang perlahan sebelum itu.

Akhirnya, dua minit selepas dimasukkan, Azamuddin Akil membuktikan beliau memiliki sentuhan pemusnah sebagai pemain gantian telah berjaya membantu Kpah Sherman menghasilkan jaringan penyamaan bermula dengan hantaran lintangnya di sebelah kiri gawang gol Penang FC yang gagal dikeluarkan benteng di minit ke-86.

Keputusan ini meletakkan Kedah di kedudukan ke-4 Liga Super 2021, berkongsi empat mata bersama Penang FC, yang kekurangan dari segi perbezaan gol.

KREDIT FEATURED IMAGE: KDA FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN