Liga Super 2021: Dua Gol Oliver Buff Pastikan Selangor Benam Sri Pahang

Oliver Buff Selangor MSL Liga Super 2021

Selangor memulakan saingan Liga Super 2021 dengan langkah kanan selepas berjaya menewaskan Sri Pahang 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pada Sabtu.

Dua jaringan oleh pemain import Oliver Buff dan satu dari penyerang kebangsaan Sharel Fikri dalam penampilan pertama mereka sudah cukup untuk skuad kendalian Karsten Neitzel itu memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka di laman sendiri.

Selangor memulakan perlawanan dengan menurunkan gandingan dua penyerang berbisa iaitu Ifedayo Olusegun dan Sharel Fikri yang merupakan dua penjaring terbanyak Liga Super pada musim lepas selain menggunakan dua pemain import Tim Heubach dan Safwan Baharudin di bahagian pertahanan tengah.

Pada awal permainan, tempoh persiapan yang agak singkat sebelum liga bermula seperti seakan-akan memberi impak yang agak ketara kepada tahap kecergasan  pemain dan tempo permainan kedua-dua pasukan.

Namun Selangor terlebih dahulu dilihat lebih banyak mengasak kubu pasukan pelawat dengan beberapa percubaan dan akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada penghujung separuh masa pertama di masa kecederaan.

Ledakan menerusi rembatan kaki kanan pemain import Switzerland Oliver Buff dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Helmi Eliza yang dilihat dalam posisi yang agak kurang bersedia.

Memasuki babak kedua, Selangor sekali lagi mendapat peluang pada minit ke-53, namun Helmi Eliza cemerlang menepis keluar percubaan jarak jauh Halim Shaari dalam keadaan kelam kabut di hadapan gol.

Selangor tidak mensia-siakan sepakan penjuru yang diterima apabila Sharel Fikri menggandakan kedudukan selepas berjaya mengelirukan Helmi Eliza dengan menyambut tandukan Heubach untuk membuka akaun jaringannya musim ini dalam debutnya bersama Gergasi Merah.

Enggan mengalah terlalu awal, Sri Pahang akhirnya merapatkan kedudukan menerusi sepakan percuma Nor Azam Azih pada minit ke-70.

Minit ke-80 perlawanan, penjaga gol tuan rumah Khairul Azhan melayangkan badannya untuk menyelamatkan tandukan Herold Goulon menerusi sepakan penjuru bagi memastikan Selangor tidak bolos buat kali kedua.

Beberapa minit sebelum tamat perlawanan, Selangor memperoleh satu lagi peluang keemasan untuk menambah jaringan menerusi situasi satu lawan satu, namun Helmi Eliza lebih cemerlang untuk menafikan percubaan pemain gantian Aliff Haiqal Lau.

Bagaimanapun beberapa ketika kemudian ia ditebus oleh Buff yang memuktamadkan kemenangan Selangor dengan jaringan kedua peribadinya dalam perlawanan ini sekaligus menutup peluang Sri Pahang untuk mencuri satu mata.

Tamat perlawanan, Selangor meraih kemenangan pertama mereka musim ini dengan keputusan 3-1.

Kredit Foto: Unifi

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

‘Mereka Ada Wague, Goulon’ – Neitzel Tak Pandang Rendah Sri Pahang

Piala Sumbangsih 2021: JDT Kekalkan Kejuaraan, Mudah Benam Kedah

Sri Pahang FC: Pulut Kuning Antara Pekara Menarik Dari Pelancaran Jersi Musim 2021

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN