Liga Super 2017: 5 Perkara Untuk Diberikan Perhatian Musim Ini

Akhirnya selepas 14 minggu tanpa aksi bola sepak Malaysia, Liga Super Malaysia bakal bermula kembali untuk edisi ke-14 sejak penubuhan pada 2004.

Peminat bola sepak tempatan bakal disajikan dengan perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia 2017 iaitu Piala Sumbangsih antara juara liga, Johor Darul Takzim dan Kedah pada 20 Januari diikuti dengan perlawanan MD1 pada 21 Januari.

Sempena kembalinya Liga Malaysia untuk 2017, mari kita lihat 5 perkara yang boleh kita perhatikan dalam edisi kali ini.

1.Johor Darul Takzim tanpa Jorge Pereyra Diaz

Juara bertahan untuk tiga musim berturut-turut, Johor Darul Takzim bakal memulakan kempen mempertahan kejuaraan liga tanpa pemain terbaik mereka, Jorge Pereyra Diaz untuk musim 2017.

Johor Darul Ta’zim player Jorge Pereyra Diaz in action during 2016 Malaysia Super League match against Felda United at Larkin Stadium, Johor. Photo by rizanizam/www.asiana.my

Diaz yang merupakan penjaring terbanyak untuk JDT dan juga Liga Super 2016, sememangnya telah meninggalkan ruang yang besar untuk diisi rakan sepasukannya.

Sementara JDT telah berjaya mendapatkan Brian Ferreira dan Jeronimo Barrales untuk slot pemain import, apakah mungkin mereka mampu menghasilkan impak yang sama seperti apa yang dihasilkan Diaz?

Di samping itu, mereka juga mempunyai barisan pemain tempatan seperti Hazwan Bakri dan Darren Lok untuk mengemudi barisan hadapan. Masa untuk pemain tempatan tunjuk belang?

2.Kebangkitan Selangor

Selangor mengakhiri kempen 2016 mereka di luar kelompok Top 4 selepas berada di tempat ke-5 berbanding tempat ke-2 dan ke-3 dalam 4 musim sebelumnya.

Jika musim 2015 adalah musim yang dikenang sebagai tercapainya Misi 33, musim 2016 adalah musim yang mahu dilupakan peminat The Red Giants.

Lebih parah lagi, mereka dibelit dengan masalah luar padang dan pengurusan mengakibatkan beberapa pemain penting keluar.

Namun, peminat masih boleh berharap dengan perlantikan P. Maniam sebagai ketua jurulatih baru untuk mengemudi pasukan gergasi ini kembali gah mencabar liga.

Dengan barisan pemain dari Piala Presiden dan beberapa pemain senior serta beberapa formula baru, Selangor masih punya harapan untuk bangkit.

3.Cabaran baru buat pendatang baru Liga Super

Selepas berjaya menamatkan Liga Premier 2016 sebagai juara dan naib juara liga, Melaka United dan PKNS FC kembali bersaing bersama pasukan terhebat dalam divisyen teratas liga Malaysia.

Sementara PKNS FC yang membuat kemunculan semula selepas tersingkir pada 2014, Melaka United pula kembali ke pentas Liga Super selepas 10 tahun ketika kali terakhir berada di atas pada 2007.

Dilihat seperti mahu terus menempa kejayaan sama ketika menjuarai Liga FAM dan Liga Premier.

Melaka United berjaya membawa pemain berpengalaman seperti Amri Yahyah dan beberapa pemain import berkaliber seperti Sergio Aguero, Godwin Antwi dan penjaring terbanyak mereka musim lalu, Ilija Spasojevic.

Selain itu, mereka juga bakal dipimpin Eric Williams bagi menggantikan Mat Zan Mat Aris untuk musim 2017.

PKNS pula walaupun kehilangan khidmat Gabriel Guerra, namun mereka juga pasti boleh berharap pada Safee Sali yang menyertai kem mereka dari pasukan Johor Darul Takzim.

PKNS juga tidak kurang hebatnya dengan skuad sedia ada kendalian E. Elavarasan, beliau berjaya memacu pasukannya ke pentas akhir Piala FA 2016.

Mereka layak ke pusingan kalah mati Piala Malaysia walaupun diundi bersama Perak, PDRM dan Johor Darul Takzim. Sememangnya, skuad Semut Merah ini mampu memberi cabaran pada pasukan Liga Super yang lain.

4.Kemunculan barisan pemain muda

Musim 2017 juga bakal memberi peluang kepada pemain muda untuk menonjolkan kebolehan mereka bersama skuad utama.

Antara pemain yang perlu diberi perhatian adalah Danial Ashraf (Kelantan) yang merupakan penjaring terbanyak Piala Presiden 2016 dengan 19 gol, Darren Lok (JDT), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Jafri Chew (Penang).

Sememangnya bakat mereka ini perlu digilap sebaik mungkin dengan kekerapan minit perlawanan dalam liga dan moga dengan usaha, mereka layak untuk bermain dengan bangga bersama skuad kebangsaan.

5.Persaingan demi merebut takhta liga

Jika musim 2016 disajikan dengan persaingan antara Johor Darul Takzim dan Felda United dalam perlumbaan takhta Liga Super, musim 2017 dijangkakan bakal menjadi lebih sengit.

Kedah dilihat sebagai pencabar terdekat juara berturut-turut liga, diikuti dengan Felda United yang mungkin mahu meneruskan usaha mereka mengejar takhta.

Pahang juga tidak kurang hebatnya dengan barisan pemain baru untuk musim 2017; mereka dilihat seperti mahu mengulangi kejayaan mereka seperti musim sebelumnya.

Atau mungkinkah Pulau Pinang bakal dilihat sebagai kuda hitam dalam perlumbaan kejuaraan MSL 2017?

Apa yang bakal berlaku di akhir musim

Sememangnya Liga Super 2017 bakal mengubat kerinduan peminat tempatan terhadap aksi bola sepak Malaysia.

Moga tahun ini kita disajikan dengan intensiti yang padu, drama yang mengasyikkan dan aksi yang mendebarkan. Walau apapun yang terjadi, NIKMATILAH!

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh pembaca kami Lee Redza. Anda mahukan artikel anda dibaca jutaan peminat bola sepak seluruh negara? E-mailkan kepada kami ke alamat [email protected]. Artikel hendaklah dalam format microsoft words.

[adrotate group=”6″]

Baca juga: Jatuh Bangun Bola Sepak Sarawak, Cerita Di Sebalik Ngap Sayot Dan Bujang Senang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN