Liga Rhino Seremban Tawar Hadiah Wang Tunai Hampir RM10,000

Penggiat bola sepak sosial pasti gembira dengan pengkhabaran ini setelah syarikat pengeluar barangan sukan jenama Rhino akan menganjurkan Liga Rhino bermula 15 April ini.

Untuk pengetahuan, Rhino merupakan jenama sukan dari United Kingdom yang menjadi penaja rasmi bagi pasukan Negeri Sembilan dalam kempen Liga Premier Malaysia 2019 serta turut meliputi pasukan Piala Presiden dan Piala Belia selama dua tahun.

Liga Rhino Seremban

Saingan Liga Rhino Seremban akan berlangsung pada 15 April ini dan bakal berakhir pada 9 Ogos dengan PBNS Rhino Arena Seremban telah dipilih sebagai lokasi pertandingan.

Dengan saingan liga yang panjang, sebanyak 16 pasukan akan beradu kekuatan bagi merebut hadiah juara yang bernilai RM5000.00 itu.

Para pemain akan menikmati aksi 90 minit permainan dan semua perlawanan dijadualkan bermula pada jam 8.00 malam.

Liga Rhino Lepas Moreh

Dalam pada itu, pihak Rhino juga tidak melupakan bulan Ramadan yang semakin menghampiri umat Islam apabila turut mengambil inisatif dalam menganjurkan Liga Rhino ‘Lepas Moreh’.

Liga tersebut diadakan pada bulan puasa dan hari raya dengan format perlawanan liga dan pusingan kalah mati yang akan bermula pada peringkat suku akhir.

Perlawanan akan bermula pada jam 9.30 malam di Rhino Arena KSS Kampung Baru dan penyertaan dihadkan kepada 8 pasukan oleh pihak penganjur.

Untuk kedua-dua liga tersebut, pihak Rhino menetapkan syarat hanya dua (2) orang pemain import yang dibenarkan beraksi untuk satu-satu pasukan.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai liga bola sepak anjuran Rhino, boleh ikuti laman media sosial mereka @ligarhino di Facebook, Twitter dan Instagram untuk sebarang pertanyaan.

Tempahan padang dan gelanggang futsal

Bagi anda yang ingin merasai pengalaman beraksi di padang bola sepak yang berkualiti tinggi, anda kini boleh menikmatinya di Rhino Arena Kelab Sultan Sulaiman (KSS) Kampung Baru.

Selain daripada padang bola sepak rumput tiruan (artificial turf) yang memiliki lampu limpah, Rhino Arena KSS Kampung Baru turut dilengkapi dengan gelanggang futsal yang juga boleh disewa, kafe, ruang solat, kemudahan bilik persalinan dan tandas.

Untuk keterangan lanjut dan membuat urusan sewaan secara dalam talian, anda boleh layari laman sesawang rhinoarena.com.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN