Keputusan Perlawanan-Perlawanan Liga Perdana 2017: Minggu 4

Liga Perdana 2017 memasuki minggu ke-4 dengan seperti biasa, 6 perlawanan dilangsungkan.

22 gol terhasil dengan hanya 3 pasukan sahaja gagal menjaringkan gol semalam.

Rekod tanpa kalah

Terengganu meneruskan rekod cemerlang mereka musim ini selepas berjaya membenam cabaran Kuantan FA di laman sendiri.

Issey Nakajima-Farran dan Latiff Suhaimi berjaya menemui jaring untuk memberikan kemenangan 2-0 kepada pasukan tuan rumah.

Gambar: Ahmad Ridhuan/Asiana

Bruno Suzuki terus cemerlang bersama Negeri Sembilan apabila berjaya jaringkan gol ke-6 beliau di Liga Perdana musim ini apabila membantu skuad Jang menumbangkan PDRM di tempat lawan.

Gol beliau dan Farderin Kadir di babak akhir perlawanan berjaya menafikan gol pendahuluan Dao Bakary untuk menang 2-1.

Kuala Lumpur juga masih belum tewas, cuma kali ini mereka berterusan keciciran mata.

Minggu lalu mereka seri 1-1 di tangan UiTM FC. Minggu ini, mereka bersama-sama dengan PKNP  menjadi 2 pasukan yang menjaringkan sebarang gol apabila seri 0-0.

Positif

UiTM FC terus catat keputusan positif dalam saingan Liga Perdana musim ini selepas berjaya mendapatkan 1 mata menerusi perlawanan menentang Perlis.

Roslam Khan meletakkan UiTM FC dihadapan sebelum Brandon Adams yang merupakan pemain skuad pinjaman Perlis dari Queens Park Rangers menjaringkan gol pertama beliau di bumi Malaysia ini!

Oh Kyu-bin menjaringkan gol kedua Perlis namun Akanni Sunday menyelamatkan maruah UiTM FC, 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Sabah gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri selepas tewas 2-5 ditangan ATM di Likas.

Pavel Smolyachenko menyakitkan hati peminat bola sepak Sabah seawal minit ke-3 gol pendahuluan beliau. Rafizol Roslan kemudiannya menjaringkan gol kedua ATM 10 minit kemudian.

Jonathan Behe dan Rawilson Botui berjaya meletakkan Sabah kembali dalam perlawanan dengan gol pada minit ke-27 dan juga minit ke-51.

Namun selepas itu, mereka bolos 3 gol dengan 2 datangnya dari Pavel Smolyachenko dan 1 dari Rafizol Roslan sekali lagi.

MISC-MIFA menikmati 3 mata pertama dalam Liga Perdana musim ini selepas menewaskan JDT II di laman sendiri.

Perlawanan yang diibaratkan oleh editor kami yang ke perlawanan tersebut, diibaratkan seperti perlawanan roller-coaster kerana kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan.

Anda boleh baca laporan perlawanan itu secara penuh dengan ke klik di sini.

Baca juga: Laporan Jualan Jersi 2016, Manchester United Dan Lionel Messi Unggul!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN