Liga Malaysia Masih Tidak Dibenarkan Bersambung Selepas Tempoh PKP

Liga Malaysia

Kempen Liga Malaysia yang terhenti pada aksi keempat dilihat terus berada di persimpangan apabila Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pendirian Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa tiada sebarang aktiviti berkumpulan dibenarkan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah tamat.

Bercakap kepada wartawan dalam sidang media di Putrajaya, Datuk Seri Ismail Sabri melihat pertandingan bola sepak juga tidak terkecuali dan perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung larangan aktiviti berkumpulan yang telah ditetapkan oleh MKN.

”SOP standard yang kita keluarkan bahawa [aktiviti] kumpulan tidak dibenarkan.”

”Bola tidak boleh bermain berseorangan diri, mesti ada pasukan. Maknanya jika dua pasukan, di atas padang sahaja sudah ada 22 orang.”

”Dan bola sepak tidak seperti badminton, mungkin akan berlaku kontak secara fizikal diantara satu sama lain. Jadi berdasarkan SOP standard tentu sahaja kita tidak boleh membenarkan pertandingan bola sepak diadakan walaupun selepas tempoh PKP,” ujar Ismail Sabri kepada wartawan.

”Walaupun PKP ditamatkan hari ini misalnya, esok bukan bermakna rakyat boleh terus bergerak bebas seperti hari-hari sebelumnya.”

”Tentu sahaja akan ada SOP lain yang akan kita perkenalkan dan perlu dipatuhi. Sebagai contoh telah pun disebutkan lebih awal bahawa perhimpunan beramai-ramai tidak dibenarkan.”

”Itu salah satu perkara yang kita masih lagi akan kita kekalkan walaupun PKP ditamatkan. Cuma tempoh berapa lama SOP seperti itu akan terus kekal akan kita umumkan kerana sekarang ini MKN sedang menyediakan SOP selepas PKP ditamatkan.”

”Jadi kita tidak benarkan lagi [sebarang aktiviti berkumpulan],” katanya lagi.

Sebelum ini, melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menghantar permohonan rasmi kepada MKN dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan nasihat, pandangan dan kelulusan untuk mengunakan SOP yang akan dipatuhi bagi membolehkan FAM dan badan pengendali Liga Malaysia, MFL menyambung serta meneruskan baki saingan Liga Malaysia 2020 yang ditangguhkan sejak 16 Mac 2020.

Kredit foto: Melaka United Soccer Association – MUSA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN