Liga Malaysia Ditangguhkan

Seperti dijangka mesyuarat yang diadakan membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL)) bersama pihak-pihak yang berkepentingan di Wisma FAM pada hari ini akan menjawab status saingan Liga Malaysia selepas ini.

Hasilnya, semua pihak sepakat menangguhkan semua kejohanan di bawah kelolaan badan induk itu dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan kebimbangan penularan COVID-19.

Mesyuarat Khas FAM & MFL Berhubung Isu COVID-19Sedang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, mesyuarat yang…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Thursday, 12 March 2020

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu sidang media yang disiarkan secara siaran langsung tengah hari tadi.

Bagaimanapun Hamidin berkata penangguhan itu hanya akan bermula pada Isnin hadapan.

Untuk perlawanan Liga Malaysia yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, semua perlawanan akan beraksi tanpa kehadiran penyokong.

“Bermula Isnin ini, semua pertandingan FAM dan MFL ditangguhkan sehingga kita dapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua pihak berkuasa terbabit sebelum ia dimulakan semula,” yjar beliau dalam sidang media tersebut.

TERKINI: Presiden FAM & MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengumumkan bahawa perlawanan CIMB Liga Super, Liga…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Thursday, 12 March 2020

Kejohanan lain yang turut di bawah kelolaan FAM termasuklah Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Premier Malaysia sementara kejohanan di bawah MFL merangkumi Liga Malaysia (Liga M).

Perkembangan terbaru daripada FAM ini adalah susulan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan wabak ini semalam.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram