Liga M3: Empat Bekas Pemain Liga Super Perkuat MNY FC

Kerjasama Semuanya BOLA

MNY FC

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini dunia bola sepak

Cabaran buat pasukan Perak, MNY FC untuk musim Liga M3 2021 diperkuat dengan kehadiran empat pemain yang mempunyai pengalaman bermain di Liga Super.

Bekas pemain Kelantan dan Selangor, Afiq Azmi telah sah menyertai pasukan tersebut bersama-sama dengan seorang lagi muka yang disenangi oleh penyokong Perak – Fazrul Hazli.

Afiq yang mempunyai susuk fizikal yang baik merupakan juga merupakan bekas pemain bagi NS Matrix, Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.

Selain bermain di saingan tertinggi negara, Afiq juga pernah beraksi di peringkat amatur bersama-sama Puchong Fuerza.

Fazrul pula bukan seorang pemain yang asing bagi kalangan penyokong Perak. Beliau pernah mencuri perhatian dengan persembahan cemerlangnya bersama skuad Selandang pada 2016.

Kecemerlangan beliau ketika itu telah mendapatkan dirinya dalam latihan pusat skuad kebangsaan.

Selain Afiq dan Fazrul, MNY FC tempoh hari telah mendapatkan khidmat bekas bintang Pahang iaitu Hafiz Kamal.

Beliau yang menjadi nadi penting skuad Pahang ketika era kegemilangan mereka dijangka bakal menjadi tunjang kepada skuad kendalian S. Sathia Kumaran.

Selain Afiq, Fazrul dan Hafiz, kelab dari Ipoh itu akan dikuatkan oleh bekas pemain Perak sendiri iaitu Khairul Amri.

Kelab tersebut bakal mengadakan sesi pengenalan pemain, penaja dan pasukan kelak.

Baca juga artikel kami mengenai bola sepak Malaysia:

‘Mat Yo Masih Lapar’ – 5 Sebab Sarawak United Dan Liga M 2021 Amat Penting

Kerteh FC & Muzium 3D Kertih Bersatu Pacu Industri Pelancongan Setempat

2 Perubahan Yang Bangkitkan Terengganu FC Untuk Atasi UiTM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply