Liga M3: Azman Adnan Berazam Jadikan Ultimate FC Pasukan Digeruni

Azman Adnan

Setelah jodoh tidak panjang bersama Tun Razak FC pada musim lalu, Azman Adnan kembali mewarnai saingan Liga M3 musim ini apabila bakal mengendalikan cabaran Ultimate FC.

Azman yang merupakan bekas pemain kebangsaan selain pernah menyarung jersi Selangor dan Kuala Lumpur pada era 90-an, kali ini menzahirkan keyakinan yang cukup tinggi berdasarkan persediaan rapi daripada semua faktor bagi mengharungi saingan sehingga penghujung musim ini.

Malah, beliau berharap mampu membawa Ultimate FC berada dalam kelompok yang boleh memberikan cabaran sengit kepada pasukan-pasukan lain dalam Liga M3.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pemilik Ultimate FC, (Fitri Ahmad Ziyadi), yang memberikan peluang kepada saya membimbing pasukan ini untuk musim ini.

“Sebelum bersetuju sertai Ultimate FC, saya telah adakan perbincangan mendalam dengan pemiliknya sebelum mencapai persetujuan dan persefahaman, saya yakin yang pisang tidak akan berbuah buat kali kedua.

“Bersama Ultimate FC, azam saya adalah untuk membentuk pasukan ini antara yang digeruni dalam pentas Liga M3 serta mampu bersama pasukan sehingga penghujung musim ini.

“Kita tahu banyak pasukan lain dalam Liga M3 telah bersedia lebih awal tetapi itu tidak membuatkan kami goyah sebaliknya menggunakan pendekatan mendapatkan pemain berdasarkan kemampuan yang kami ada, ” katanya.

Liga M3 akan bermula pada 7 dan 8 Mac ini dengan format saingan yang berbeza apabila 20 pasukan bertanding dipecahkan kepada dua kumpulan.

Berada dalam Kumpulan B, Ultimate FC dijangka akan mendapat tentangan sengit daripada KSR Sains FC, Sarawak, KT Rovers, Protap FC dan Melawati FC selain kehadiran empat lagi pendatang baharu, Melaka United FC, PIB FC, Semarak FC dan Imigresen FC.

Aksi sulung Ultimate FC pada saingan Liga M3 ialah berdepan Protap FC di Stadium MMU, Cyberjaya, Ahad ini.

Musim lalu, Ultimate FC berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik pada musim lalu selepas 26 perlawanan serta menjadi kedua tertinggi menjaringkan gol di belakang juara Liga M3, Kelantan United FC.

Antara beberapa pemain berpengalaman yang bersama Ultimate FC pada musim ini ialah Lot Abu Hassan (bekas pemain Sarawak, KL Plus), G. Puaneswaran (Terengganu, Melaka), Muhd. Redzuan Harun (Sime Darby), Rizua Shafiqi (Pahang) dan Isma Alif Mohd. Salim (Kuala Lumpur).

Namu , Azman menafikan dia hanya mencari pemain yang mempunyai reputasi sahaja untuk bersama Ultimate FC tetapi turut menggunakan pemain-pemain muda bagi memberikan keseimbangan kepada pasukan.

“Saya akui pengalaman yang ada pada pemain senior tetapi dalam permainan bola sepak hari ini, kepantasan cukup penting dan sudah tentu tahap saya kena sentiasa memantau tahap kecergasan mereka.

“Mereka perlu bersaing dengan pemain-pemain muda yang kita perhatikan miliki corak permainan yang pantas, jadi dalam aspek itu saya kena seimbangkan, ” ujar Azman Adnan lagi.

Kredit foto: Malaysian Football League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN