Liga M3 2020: Ikram Muda FC Sedia Hadapi Cabaran Sengit

Ikram Muda FC

Pengurus Ikram Muda FC, Ahmad Taqiyuddin Shahriman mengakui beliau tidak kecewa dengan kekalahan yang dialami pada perlawanan akhir Liga M4 di tangan KSR SAINS, Sabtu lalu meskipun anak buahnya menguasai hampir 70 peratus permainan.

Barisan pemain Ikram Muda FC turut mensia-siakan hampir lima peluang keemasan untuk menghasilkan jaringan yang menyaksikan KSR SAINS menang dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan tunggal lewat permainan Norfaizzal Faroq Zaharuddin.

Bagi Ahmad Taqiyuddin apa yang mustahak mereka sudah mendapat slot di Liga M3 dan mengharapkan pemain-pemainnya bersedia menghadapi saingan yang sengit pada musim depan.

Ahmad Taqiyuddin Shahriman

“Inilah konsep bola sepak, anda kuasai permainan dan mencipta seberapa banyak peluang sekali pun tetapi di pengakhirannya yang akan dikira ialah berapa jaringan mampu dibuat.

“Bagaimanapun kami tetap teruja mampu melangkah ke perlawanan akhir selepas peluang diberikan saat akhir di saingan play-offs dan daripada sini, Ikram Muda FC sedia melangkah jauh.”

“Objektif kami mahu berikan peluang kepada pemain-pemain yang mungkin terlepas peluang untuk beraksi di peringkat profesional bagi menunjukkan kebolehan mereka di samping saya percaya ia perlu dibantu pengurusan serta perancangan yang baik, ” katanya.

Kredit foto: Amateur Football League

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram