Liga-M Lambat Sangat, USM ‘Jalan Dulu’ Guna VAR

VAR USM 4

Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuat satu kejutan dengan mahu menjadi pelopor kepada penggunaan sistem pengadil bantuan video (VAR) di Malaysia dengan menambah perlatan tersebut di padang sintetik baharunya.

Ketika Liga Malaysia Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) masih berkira-kira bilakah waktu yang sesuai untuk menguatkuasakan penggunaan VAR  dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), USM merasakan usaha mereka sedikit sebanyak dapat membantu pelbagai pihak.

Dalam satu hantaran menerusi akaun media sosial rasmi USM, pihaknya berharap projek berkenaan membolehkan pelbagai tekonologi baharu dalam bola sepak  dapat diteroka bagi membantu pelajar, staf, penyelidik dan pakar dalam memahami sukan bola sepak secara mendalam.

Teknologi seperti pemprosesan imej, AI, teknologi dron dan prototaip VAR itu dapat membolehkan mereka yang terlibat dalam industri bola sepak secara serius dapat mengendalikan permainan dengan mendalami ilmu analitik, statistik, taktikal dan sebagainya.

Sebelum ini USM memperkenalkan KOPA ARENA@USM iaitu dua padang rumput sintetik baharu standard FIFA yang terletak di dalam kawasan kampusnya di Pulau Pinang.

Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain yang mempunyai fasiliti yang sama adalah Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Dalam kenyataan Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Januari tahun lalu, beliau menolak kemungkinan untuk melihat VAR digunakan dalam saingan Liga-M dalam masa terdekat atas faktor kos yang terlalu tinggi.

Bagaimanapun beliau percaya ia boleh dilaksanakan jika badan pengelola liga itu mempunyai sumber kewangan yang kukuh pada masa akan datang.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

NOSTALGIA: Kisah 14 Perlawanan ‘Away’ Perit Yang Perlu Dihadapi Perak

Kisah Mazlan Wahid Pikat Alan Vest Dan Jadi Legenda Bujang Senang

Ariff Farhan Mahu Kembali Pamer Aksi Terbaik, Intai Peluang Skuad Kebangsaan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN