Liga Korea Lancar K-League TV, Sasar Luaskan Pengaruh Ke Serata Dunia

Kerjasama Semuanya BOLA

K-League TV

Korea Selatan menerusi liga bola sepaknya K-League telah melancarkan saluran K-League TV sebagai usaha mereka untuk meningkatkan lagi reputasi mereka di mata dunia.

Berpaksikan saluran atas talian, K-League TV bakal hadir dengan dua jenis bahasa dalam kandungan mereka iaitu bahasa Inggeris dan juga bahasa Korea.

Kerjasama antara K-League ini dibuat bersama-sama dengan Sportradar yang merupaka antara pelopor produk dan perkhidmatan dalam bidang sukan menyaksikan K-League TV akan menyiarkan kesemua perlawanan divisyen satu dan dua negara itu dengan percuma.

Lebih menarik, ia turut akan menyiarkan kandungan disebalik tabir serta temuramah untuk mendekatkan lagi warga dunia dengan bola sepak Korea Selatan.

“Meluaskan jumlah sokongan sentiasa menjadi keutamaan K-League, oleh itu kami teruja untuk membawa perkara tersebut ke tahap yang lebih tinggi menerusi K-League TV,” kata Dylan Chuan yang merupakan Pengarah Jualan  Sportradar.

2020 menyaksikan tahun yang cukup menarik buat K-League apabila ianya berjaya disiarkan lebih daripada 30 negara termasuk United Kingdom, Australia dan China.

Kini dengan pelancara saluran ini, mereka mempunyai capaian yang lebih meluas dan tidak Malaysia juga akan terkena tempiasnya nanti sepert mana pengaruh K-Pop dan K-Drama yang melanda negara.

Baca juga artikel terkini kami:

Manuel Konrad Gembira Bermain Untuk Selangor Yang Cukup Terkenal

Kisah Ronaldinho Tertidur Dalam Kereta Sebelum Jaring 5 Gol Belasah Skuad Legenda Crespo & Scholes

Luis Suarez Dedah Alasan Sebenar Disingkir Dari Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

One Comment

Leave a Reply