Liga FootGolf Malaysia Yang Pertama Kini Telah Tiba!

Footgolf Malaysia

Buat julung kalinya, permainan yang menggabungkan bola sepak dan golf iaitu FootGolf bakal mempunyai liga kompetitif yang pertama di negara ini.

Populariti yang meningkat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan serta larangan sukan bersentuhan oleh kerajaan satu masa dahulu membuatkan ianya mula dimainkan secarap meluas oleh orang ramai.

Tawar hadiah lumayan

Dianjurkan oleh FootGolf Malaysia, liga yang diberi nama microLEAP Footgolf League ini bakal menyaksikan penyertaan seramai 160 pemain membabitkan 21 pasukan.

Dimainkan selama lima bulan, terdapat 21 perlawanan akan dilalui mereka dengan aksi yang bakal diadakan di Pusat Golf Bukit Jelutong, Selangor dengan saingan bakal bermula pada hujung minggu ini.

Untuk edisi pertama, wang kemenangan terkumpul sebanyak RM 8,500 bakal menanti juara.

Footgolf Malaysia
GAMBAR: Aremilworks

Menurut Jeffrey Cottam yang merupakan pengurus besar FootGolf Malaysia, beliau berharap dengan wujudnya saingan liga  akan memberikan lebih publisiti kepada orang ramai mengenai permainan ini.

“Kami amat berbangga kerana akhirnya dapat memulakan saingan microLEAP FootGolf League ini. Dalam masa yang singkat, sukan ini dapat menarik perhatian ramai pihak.”

“Saya berharap ianya akan menjadi titik tolak kepada permulaan kesedaran mengenai footgolf sebagai sukan dan akan memberi inspirasi kepada lebih ramai peminat, komuniti bola sepak, golf dan sukan lain bersama.”

FootGolf Malaysia bekerjasama dengan microLEAP yang merupakan syarikat platform kewangan patuh syariah tempatan yang menjadi penaja kejuaraaan (title sponsor) bagi saingan sulung sukan ini.

Selain microLEAP, Astro juga turut serta sebagai penyiar bagi saingan ini.

Kredit gambar: Aremilworks

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN