Liga Belanda Dibatalkan, Tiada Juara Dan Penyingkiran

Liga Belanda Eredivisie

Liga utama Belanda, Eredivisie musim ini disahkan akan dibatalkan dengan tiada mana-mana pasukan yang diumum sebagai juara dan juga tiada sebarang penyingkiran.

Perkara tersebut diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) selepas mengadakan mesyuarat dengan wakil kelab yang turut disertai oleh jurulatih dan pemain pada Jumaat.

Bagaimanapun, Ajax Armsterdam dan AZ Alkmaar yang kini terikat dengan jumlah mata yang sama di tangga pertama dan kedua diberikan tiket ke Liga Juara-Juara Eropah (UEL) musim depan walaupun saingan masih berbaki sembilan perlawanan 

Keputusan tersebut sebenarnya sudah pun dijangka lebih awal selepas kerajaan Belanda melanjutkan larangan sebarang aktiviti berkumpulan sehingga September bagi memastikan usaha membendung penularan wabak COVID-19 yang telah pun menyebabkan lebih 4,000 kematian di negara tersebut.

“Pada waktu ini, dengan keadaan semasa, adalah tidak wajar untuk bercakap soal kejuaraan. Oleh itu kami hanya boleh mengesahkan slot ke kejohanan Eropah diberikan berdasarakan kedudukan terakhir pasukan-pasukan ini dalam liga.”

Ajax kini mendahului carta liga dengan 56 mata dari 25 perlawanan dan AZ Alkmaar di tempat kedua hanya dipisahkan dengan pebezaan gol dan sekaligus kedua-duanya diberikan slot ke saingan UCL musim 2020/21.

Namun berdasarkan kedudukan semasa, hanya Ajax sahaja layak secara automatik, manakala AZ Alkmaar pula perlu mengharungi pusingan kelayakan.

Feyenoord yang berada di tangga ketiga pula akan layak secara automatik ke saingan Liga Europa (UEL) sementara PSV di tempat keempat dan Willem II Tilburg di kedudukan kelima akan mendapat slot ke pusingan kelayakan.

Turut diputuskan adalah tiada sebarang penyingkiran dan promosi selepas cadangan tersebut mendapat 38 undi daripada pasukan divisyen pertama dan kedua.

Ado Den Haag dan RKC Waalwijk sudah boleh menarik nafas lega selepas dua pasukan tersebut sebelum ini dijangka disingkirkan kerana menghuni dasar liga dan digantikan dengan dua pasukan teratas divisyen kedua, Cambuur Leeuwarden dan De Graafchap.

“Malangnya dengan keputusan barisan kabinet berhubung COVID-19, adalah mustahil untuk liga disambung dan baki saingan liga 2019/20 musim ini dapat ditamatkan.

“Apa yang jelas ketika ini semua pihak perlu memberikan kerjasama, bermula dengan penyokong, pemain, pengurusan kelab sehinggalah pengadil, kesihatan adalah menjadi keutamaan.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liga Belanda:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply