Liga 1 Indonesia 2020: Arema FC Tagih Khidmat Mario Gomez

Mario Gomez

Khidmat Mario Gomez terus mendapat perhatian di Indonesia selepas beliau dilantik sebagai ketua jurulatih Arema FC bagi menghadapi persaingan Liga 1 Indonesia bagi musim 2020.

Pengendali berusia 62 tahun itu dilaporkan telah menandatangani kontrak selama setahun dan beliau turut membawa bersama-sama pembantunya ketika di Borneo FC, Charis Yulianto.

Selain itu, Gomez juga turut merekrut jurulatih kecergasan yang pernah bekerja dibawah kendaliannya sewaktu membimbing Johor Darul Ta’zim (JDT), Marcos Gonzalez.

”Kami mengetahui reputasi ‘coach’ Gomez dalam membentuk pasukan terutamanya ketika mencari bakat baharu. Buat kami, itu merupakan aspek yang sangat penting.”

Posted by Borneo FC Samarinda on Monday, December 9, 2019

”Arema mempunyai segelintir pemain muda yang berkualiti dan kami mengharapkan melalui ‘coach’ Gomez, pemain-pemain ini mendapat pendedahan yang sepatutnya,” ujar pengurus besar Arema FC, Ruddy Widodo.

”Kami mahu melihat perbezaan pada corak permainan yang diterapkan di Arema daripada Eropah Timur ke Amerika Latin.”

Arema FC merupakan kelab Indonesia ketiga yang pernah dibimbing Mario Gomez selepas Persib Bandung dan Borneo FC.

Dibawah kendalian Gomez, Persib Bandung menamatkan saingan Liga 1 2018 di tangga keempat dengan 52 mata manakala Borneo FC pula di kedudukan ketujuh pada saingan musim lalu setelah mengumpul 51 mata.

Skuad yang dikenali sebagai Singo Edan itu sebelum ini dilatih bekas pemain import Kuala Lumpur dan Sabah serta pernah juga membimbing pasukan Sabah iaitu Milomir Seslija.

Kredit foto: Borneo FC Samarinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram