LFK 2018: Melaka United & Perak Kekalkan Momentum Kemenangan Selepas Harungi 4 Perlawanan

LFK

Juara bertahan Liga Futsal Kebangsaan (LFK), Melaka United dan Perak masih lagi mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam kategori lelaki selepas mengharungi empat perlawanan liga.

Melaka yang dibimbing Isah Abd Rahim berjaya mengenepikan cabaran Kuantan Rangers 7-2 pada perlawanan pertama.

Pulau Pinang MBPP menjadi mangsa seterusnya buat pasukan yang dibarisi 7 pemain kebangsaan itu dengan kejayaan 9-2 pada perlawanan yang berlangsung semalam.

Bagi Perak pula yang dilihat mampu untuk menjadi pesaing hebat buat Melaka musim ini mencatatkan kemenangan keatas KL City FC dengan keputusan 2-0.

Perak bagaimanapun tidak diberikan laluan yang mudah oleh lawan yang kini berada di tangga ke-3 liga itu.

Jaringan daripada Muhammad Firdaus Bin Zulkefli dan Mohd Awalludin Bin Mat Nawi membantu skuad ‘yob’ meraih kemenangan dalam pertembungan yang begitu mendebarkan tersebut.

Sehari kemudiannya (Ahad), skuad bimbingan Qusmaini Noor Rusli itu cemerlang pada lewat permainan untuk menewaskan Felda United 5-2.

Dengan rekod kemenangan bersih kedua-dua pasukan setakat ini, Melaka berada di puncak liga selepas berkelebihan defisit jaringan berbanding Perak.

Berikut adalah keputusan penuh serta kedudukan terkini LFK 2018:

Perlawanan ke-3 dan 4 hanya melibatkan pasukan lelaki sahaja dan perlawanan seterusnya melibatkan kedua-dua kategori akan diadakan pada 31 Mac dan 1 April nanti.

Kesemua perlawanan LFK ini berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN