Lewandowski Tak Perlu Ke Premier League Untuk Buktikan Kehebatannya

Anugerah Kasut Emas Eropah 2021

Pemenang Anugerah Kasut Emas Eropah 2021, Robert Lewandoswki berasakan dirinya tidak perlu bermain di mana-mana liga lain untuk buktikan yang beliau semenangnya handal.

Pemain yang beraksi untuk Bayern Munich itu menjaringkan 41 gol dalam 29 perlawanan Bundesliga musim lalu dan ianya satu rekod yang amat cemerlang bagi mana-mana pemain.

Dengan kejayaan demi kejayaan yang diperoleh beliau di Jerman, adalah sesuatu yang tidak perlu buat Lewandowski untuk berpindah ke liga lain dan meninggalkan Bayern.

Untuk apa Lewandowski berpindah ke Premier League atau La Liga untuk buktikan kemampuannya kerana beliau sudah pun terbaik, ye dak?

Fokus beliau sepenuhnya terletak kepada Bayern.

“Saya tidak perlu buktikan diri saya di liga lain,” kata Lewdowski menerusi Goal.

“Saya boleh bersaing dengan pemain-pemain terbaik lain dari liga berlainan dalam UEFA Champions League.”

Sebelum ini, Lewandowski ada dikaitkan dengan perpindahan ke Premier League dengan Chelsea menjadi tempatnya.

Namun, beliau jelas sekali komited dengan Bayern dan dijangka akan terus menabur bakti kepada kelab itu sehingga tamat kariernya.

Kejayaan Lewandoswki merangkul gelaran kasut emas di peringkat Eropah ini adalah yang kali pertama dilakukan oleh pemain dari Poland.

Beliau menjadi pemain Bayern kedua selepas Gerd Muller pada 1969/1970 dan 1971/1972 yang memenangi gelaran ini

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply