Leonardo Selar Media “Buat Palatao” Dedah Butiran Gaji Messi Kepada Umum

Pengarah Sukan Paris Saint-Germain (PSG), Leonardo menyelar media Perancis, L’Equipe pada Sabtu lalu kerana mendedahkan butiran gaji Lionel Messi kepada umum.

Melalui pendedahan tersebut, L’Equipe malaporkan Messi sebenarnya ditawarkan kontrak mewah selama tiga tahun – dan ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh Leonardo.

L’Equipe semalam mendedahkan Messi akan dibayar sebanyak €30 juta pada tahun pertama, dan €40 juta pada musim keduanya bersama PSG.

Kapten Argentina itu kemudiannya akan dibayar sebanyak €40 juta pada tahun ketiga jika terus kekal bersama kelab itu.

Leonardo yang tidak senang dengan laporan tersebut berkata L’Equipe sebagai media yang tidak bertanggungjawab kerana menyiarkan artikel sedemikian, dan tidak menghormati pihak yang terlibat dalam laporan itu.

“Kami [PSG} tidak boleh menerima laporan muka hadapan akhbar seperti L’Equipe lakukan,” kata Leonardo.

“Laporan itu salah sama sekali. Ia membuktikan mereka tidak ada rasa hormat, dan kami tidak sukakan perkara sebegini. Ia amat jauh dari kebenaran. Dari segi tempoh kontrak, dan angka yang dilaporkan [tidak betul].

“Perkara ini sepatutnya adalah klausa yang tidak boleh didedahkan dan rahsia. Tetapi saya boleh sahkan tempoh [kontrak tiga tahun] adalah tidak benar.

“Saya tidak faham mengapa perkara ini disiarkan sekarang. Ia amat jauh dari realiti. Durasi sebenar kontrak sebenarnya adalah dua tahun. Kontrak tersebut tidak mempunyai sebarang klausa mengenai perkara mandatori atau tidak mandatori mengenai tahun ketiga.”

Laporan dari L’Equipe semalam turut mendedahkan Messi akan dibayar dengan mata wang kripto sebanyak €1 juta setahun yang boleh mendatangkan keuntungan sebanyak €25-€30 juta setahun.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply